PROGRAM JALINAN KERJASAMA MCMC & MITeC- TRAIN THE TRAINER (TTT) KEUSAHAWANAN E-DAGANGN LUAR BANDAR SARAWAK DI PUSAT INTERNET 2018 (ZON MUKAH) 

TARIKH: 4 JULAI 2018

MASA: 8.30 PAGI-5.00 PETANG 

TEMPAT: PUSAT INTERNET PEKAN DALAT 

TUJUAN

Program Train the Trainer (TTT) Keusahawanan E-Dagang Luar Bandar Sarawak merupakan program kerjasama antara Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dengan Ministry of International Trade & e-Commerce (MITeC) yang bertujuan untuk memperkenalkan ekonomi digital kepada usahawan luar bandar seiring dengan saranan YAB Ketua Menteri Sarawak. Program ini juga memberi latihan kepada petugas Pusat Internet di Sarawak mengenai pemasaran internet melalui penggunaan portal Sarawak Product. Petugas yang menghadiri kursus ini juga turut didedahkan dengan pengurusan sistem dan cara mudah untuk memasarkan produk melalui portal Sarawak Product. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melatih petugas Pusat Internet supaya dapat membantu usahawan tempatan untuk memasarkan perniagaan mereka melalui internet atau secara atas talian. 

AKTIVITI 

Sepanjang kursus ini dijalankan, petugas Pusat Internet diberikan pendedahan mengenai portal Sarawak Product, syarat menjadi vendor di portal serta kelebihan portal itu sendiri. Selain itu, petugas juga turut diajar cara-cara untuk mengemas kini sistem dashboard vendor serta diajar cara-cara untuk memasukkan produk ke dalam portal menggunakan variasi. Petugas juga didedahkan dengan info tentang pemasaran mudah untuk portal. Petugas juga diberi peluang untuk membuka akaun sebagai vendor di portal Sarawak Product supaya mereka dapat mempraktikkan apa yang telah diajar semasa program tersebut berlangsung.

{gallery}TTT{/gallery}