Pertandingan Video Pendek 2018

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. Aktiviti Fizikal
  2. Makan secara sihat
  3. Tidak merokok
  4. Bijak menangani stress
  5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

Maklumat Kedudukan & Peta – Daerah

Daerah Dalat telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah pada  2 April 1974 yang merangkumi kawasan seluas 2210.1 km persegi. Bermula tahun 1974 hingga 28 Februari 2002, daerah ini terletak di bawah pentadbiran Bahagian Sibu. Pentadbiran daerah pada masa itu meliputi kawasan Oya hingga ke Ulu Pakoh iaitu Oya, Dalat Proper, Nanga Baoh, Nanga Tamin, Stapang, Skim Sekuau dan Nanga Pakoh. Ketika itu daerah Dalat mempunyai 4 buah pekan, 23 buah kampung dan 115 buah rumah panjang.

Namun pada 1 Mac 2002, setelah Mukah diisytiharkan menjadi bahagian ke-10 di Sarawak, daerah ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Mukah yang meliputi kawasan seluas 905.29 km persegi. Ia meliputi kawasan dari Kampung Penat hingga ke Oya, Muara Sungai Kut hingga ke Ulu Baoh yang mempunyai tiga pekan, 23 buah kampung dan 22 buah rumah panjang.

PEDI Pekan Dalat terletak kira-kira 2 km dari Pekan Dalat. YB Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah merupakan Ahli Parlimen bahagian P.213 Mukah manakala YB Datuk Sri Hjh Fatimah Abdullah adalah ADUN N.56 Dalat.