Jerunai atau Kelideng ialah keranda bagi golongan bangsawan kaum Melanau. Jika berkunjung ke pekan Dalat, terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Mukah, pelawat akan dapat menyaksikan Jerunai yang terpacak di tengah-tengah Taman Poket. Jerunai merupakan satu tiang bulat sebesar satu pemeluk dan diperbuat daripada kayu belian agar tahan lama. Pada batang Jerunai diukir dengan bermacam motif dan lazimnya ia didirikan di tebing-tebing sungai. Bagi mengiringi roh bangsawan Melanau yang telah mati, seorang gadis daripada golongan hamba atau 'dipen' dalam bahasa Melanau akan dikorbankan. Si gadis tersebut diikat di atas puncak Jerunai tanpa makanan dan minuman. Mereka percaya apabila si gadis mati kebuluran, rohnya akan menjaga tuan iaitu golongan bangsawan yang disemadikan di dalam lubang Jerunai. 

Menurut sejarah, mayat golongan bangsawan kaum Melanau tidak dikuburkan di dalam tanah sebelum kedatangan Islam beratus-ratus tahun dahulu. Sebaliknya mayat mereka disimpan di dalam keranda sehingga ia mereput secara semula jadi meninggalkan tulang-temulang. Kemudian, tulang si mati dipindahkan ke dalam lubang di bahagian tengah Jerunai (keranda) setinggi kira-kira 10 meter.

Mengikut cerita lama masyarakat Melanau, mereka yang menyusuri sungai akan memercikkan air untuk diminum oleh si gadis yang merintih meminta dilepaskan dari puncak Jerunai. Itu kisah yang disampaikan dari generasi lama kepada generasi muda dan buktinya masih ada sehingga kini.

Projek Jabatan Landskap Negara serta Majlis Daerah Dalat dan Mukah itu turut mempamerkan ciri-ciri kaum Melanau. Antaranya, bumbung tempat rehat yang menyerupai bentuk topi terendak yang selalu digunakan oleh kaum Melanau. 

Tetapi apa yang sebenar cuba ditonjolkan di taman yang terletak berhampiran Sungai Oya itu ialah keagungan warisan silam Melanau iaitu Jerunai. Papan tanda yang terdapat berhampiran Jerunai itu menyebut bahawa keranda itu sudah menjangkau lebih seratus tahun. Ia merupakan satu-satunya Jerunai yang masih wujud di daerah Dalat pada masa ini.

Sebelum Taman Poket dibina, ia diletakkan di hadapan Pejabat Daerah Dalat dan mengikut cerita penduduk setempat, Jerunai itu berasal dari Kampung Seberang Tengah, Dalat.

          

 sumber;UM

 

Daerah Dalat adalah salah satu Daerah yang terkenal dengan pelbagai aktiviti atau acara "Lumba Perahu" dan Karnival.

Walaupun tidak mempunyai tarikan seperti kawasan lain ( OYA / MUKAH ) yang mempunyai pantai dan laut,tetapi Daerah Dalat mempunyai pelbagai aktiviti atau karnival yang menarik perhatian seluruh kawasan Mukah sekitarnya,ia mampu menaikkan nama Dalat sebagai penganjur utama pelbagai aktiviti yang dijalankan baik dari kawasan Dalat mahupun luar kawasan.

Selain daripada itu,Dalat mempunyai taman "KELIDIENG" untuk kawasan rekreasi penduduk setempat yang mempunyai pelbagai kisah menarik di sebalik "KELIDIENG" tersebut.Tambahan itu,kerajaan kita telah menambahbaik struktur jalan/trek STADIUM DALAT untuk kepentingan dan kegunaan penduduk sekitar.

 

KARNIVAL BALAU

Hanya dilakukan 1 kali dalam setahun.Pelbagai agensi swasta dan kerajaan yang menyertai.Tidak lupa juga,pelbagai bangsa sekitar sarawak turut memeriahkan karnival ini dari segi menyertai pertandingan dan jualan.

 

PESTA SAUG DALAT

Saug Labik Adan....yihaaaaaaaaa!Slogan sinonim untuk meraikan Pesta ini.Pesta yang melibatkan Perlumbaan Bot Enjin dan Kayuhan.Selain acara sukan air,penganjur juga akan mengadakan DALAT KITCHEN dan pelbagai aktiviti menarik.

 

KAUL

Siapa yang tidak mengenali "KAUL".Kaul adalah satu upacara tradisi turun temurun kaum asal Melanau.Ia dilakukan,setiap tahun dan yang menariknya kaul ini diadakan untuk setiap kawasan seperti Medong, Sg Ud , Sg Kut.Upacara ini dipercayai sebagai tanda terima kasih kepada "IPOK" penjaga laut dan menjaga kawasan setempat.

 

UNIK NYA DALAT...JOM RAIKAN BERSAMA :)