Selamat Datang Ke Dalat

 

Dalat merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tepi Batang Oya,Sarawak. Dalat adalah pusat pentadbiran bagi daerah Dalat dan Oya di bawah Daerah Dalat.Dalat terletak di dalam bahagian Mukah,Sarawak.Daerah Dalat meliputi kawasan dari Kg. Penat ke Oya, dan dari Muara Sg. Kut ke Ulu Baoh.Dalat merupakan sebuah Daerah di Bahagian Mukah Sarawak. . Jika dari Sibu perjalanan selama kira-kira 3 jam akan diambil untuk sampai ke Oya. Terdapat 3 pekan, 23 buah kampung dan 22 rumah panjang di bawah pentadbiran daerah ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Dalat ialah Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah. Terdapat banyak kemudahan yang telah dibina di pekan Dalat dan juga daerah Dalat.

Pekan Dalat dihubungkan dengan bandar Mukah, dan seterusnya Lebuhraya Pan-Borneo. Selain itu, Dalat juga dihubungkan dengan pekan-pekan lain di Bahangian Mukah, seperti pekan Oya, Matu, Igan, Daro dan Sg. Kut. Sebuah jambatan yang merentasi batang Oya turut dibina. Jambatan ini menghubungkan Sg. Kut dengan Pekan Dalat. Dalat dihubungkan dengan bandar Bintulu dan Miri dengan adanya perkhidmatan bas ekspress setiap hari.

Jalan Sungai

Seperti juga tempat lain di Sarawak, pengangkutan sungai masih memainkan peranan yang penting dalam kalangan penduduk Dalat dan sekitarnya. Penduduk biasanya memiliki bot-bot kecil yang digunakan untuk pergi ke sesuatu tempat. Dalat juga dihubungkan dengan Sibu melalui perkhidmatan bot laju. Perjalanan dari Dalat ke Sibu memakan masa selama 2 jam, dan tambangnya pula adalah RM25. Bot-bot laju ini juga menghubungkan penduduk di sepanjang Batang Oya, Sungai Kut dan Batang Igan dengan bandar Sibu.Untuk Pekan Kecil Oya pula,jalan sungai jarang digunakan berikutan kemudahan pengangkutan berpusat di Dalat.Penduduk di sekitar Oya,lebih menggunakan perkhidmatan bas dari Mukah atau bot laju di Dalat.Sekiranya mempunyai pengangkutan sendiri,penduduk akan memandu sendiri ke destinasi yang ingi  dituju menggunakan jalan Darat Oya-Dalat & Oya-Mukah.

Kemudahan

Terdapat sebuah hospital kerajaan di pekan Dalat. Selain itu, terdapat juga Stadium Perpaduan, waterfront, pejabat pos, pejabat daerah dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Terdapat tiga sekolah menengah di daerah ini iaitu,Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat,Sekolah Menengah Kebangsaan Oya dan Sekolah Agama Igan.Selain itu,Pekan Kecil Oya juga mempunyai sekolah rendah Datu Pengiran Mohd,Klinik Pekan Kecil Oya,Pasar Lama Oya,Pejabat Daerah Pekan Kecil Oya,Balai Polis,Padang Bola MDDM dan gelanggang futsal.

 

Dalat
Jata bagi Dalat
Jata
Logo rasmi bagi Dalat
Daerah di Sarawak
Pejabat Daerah Dalat
Majlis Berkuasa Tempatan  
Keluasan
 • Jumlah 905.29 km2(349.53 batu persegi)
Penduduk (2010)
 • Jumlah 18,800
 • Kepadatan 21/km2 (54/batu persegi)
Pegawai Daerah Kueh Lei Poh
Daerah Kecil Oya
Pekan Dalat, Oya & Sungai Kut
Poskod 96300