Pergerakan Belia Mukah

Belia di kampung ini aktif melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan dan turut serta dengan penduduk kampung bagi menjayakan pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan. Golongan belia di kampung ini aktif di dalam sukan kelab bola sepak/futsal dan kelab bot. Anggota kelab-kelab ini sering mengadakan permainan bersama ahli anggota pada waktu petang dan hujung minggu.

 

Pergerakan Belia Mukah memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan kestabilan dalam pembangunan positif sahsiah belia di kawasan sekitar Mukah, Balingian, Oya dan Dalat.