TERENDAK MELANAU Napiah & Naya
TERENDAK mengikut definisinya adalah sejenis topi atau penutup kepala yang berbentuk kon. Kebiasaannya terendak tradisional diperbuat daripada daun nipah, buluh atau rotan. Proses pembuatan terendak tradisional bukanlah semudah yang disangka kerana ianya memerlukan mereka yang mahir untuk membuat anyaman demi anyaman bagi menjadikan satu terendak yang menarik.
Merupakan salah satu warisan budaya masyarakat Melanau Sarawak yang mereka warisi sejak dahulu lagi. Terdapat bangunan-bangunan di Bandar Mukah yang tercetus ideanya dari Terendak seperti Menara Pehin Setia, Bangunan RECODA dan Masjid Setia Raja.
Cuma pemakaian terendak kepala bagi masyarakat Melanau sekarang adalah lebih kepada salah satu aksesori lengkap di dalam kostum tradisi masyarakat Melanau yang sering digunakan ketika menghadiri Pesta Kaul ataupun perayaan-perayaan tradisi masyarakat Melanau sekarang. Sekarang terendak Melanau bukan hanya untuk dipakaikan di kepala namun ianya juga sudah boleh menjadi penghias-penghias dekorasi rumah yang cantik dan unik.Usahawan terkenal yang mengeluarkan produk Terendak ini,dikenali sebagai Puan Napisah Am.
Untuk tempahan boleh menghubungi:
Puan Napiah Bt Am (014-5834078) / Puan Naya Bt Am (012-8574953)
Kampung Tanam Seberang, Dalat.