Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat laman web kami. PEDI Pekan Dalat ini merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan TM Bhd yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence telah diberi mandat untuk melaksanakannya. Sebanyak 12 PEDI  rintis untuk Fasa Rintis, 73 untuk Fasa 1, 152 PEDI  untuk Fasa 2 dan 31 PEDI untuk Fasa Felda telah di wujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatakan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian mereka. 

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDI sebagai titik permulaan bagi memperkenalkan rangkaian internet seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) kepada komuniti luar bandar. Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang "celik IT" menjelang tahun 2020.

                Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang berindentitikan info tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat PEDI itu. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan,produk makanan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PEDI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Goverment), e-Pembelajaran (e-Learning), Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat, Pusat Komunikasi, Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan perkongsian perisian serta Pusat peperiksaan dan persijilan.

 

VISI DAN MISI

Visi

  • Menjadi Pusat Ilmu dan Sumber Maklumat Bagi Mewujudkan Komuniti Yang Berpengetahuan, Berkualiti serta Berdaya Saing.

Misi

  • Menyediakan kemudahan capaian internet dan informasi kepada komuniti.
  • Mewujudkan pengajaran dan latihan berkaitan teknologi komputer dan internet.
  • Melaksanakan program-program yang dapat membantu pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan komuniti.
  • Berperanan sebagai Pusat Pelbagai Perkhidmatan di kawasan luar Bandar.

Perkhidmatan di PEDI PEKAN DALAT

 PEDI PEKAN DALAT menawarkan latihan ICT secara PERCUMA kepada semua pengunjung. Antara latihan/kursus/bengkel yang disediakan:

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas Internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dan lain-lain).
  • Desktop Publishing (Microsoft Office, Microsoft Exel).
  • Adobe Photoshop.
  • Klik Dengan Bijak (KDB)
  • Bengkel Keusahawanan
  • Dashboard Komuniti

 

Selain itu, PEDI ini juga menawarkan perkhidmatan lain seperti internet jalur lebar, mencetak, scaning, fotostat, laminate, binding, membuat bussiness card dan menyediakan zon internet tanpa wayar  (wifi zone). PEDI juga menganjurkan program ICT bersama komuniti untuk pelbagai lapisan masyarakat.

 

PETUGAS PEDI PEKAN DALAT

 

CIK SYNTIANA BINTI MANYIN

 

PENGURUS

TARIKH MULA BERKHIDMAT :04 JUN 2018

 

NUR ATIQAH BINTI ZAIDI

PEN.PENGURUS

TARIKH MULA BERKHIDMAT : 03 DISEMBER 2018