KAWANKU SAYANG , KELUARGAKU KENANG 

Pertubuhan Belia kebangsaan Bersatu Sarawak (SEBERKAS) Cawangan Dalat telah mengadakan Program Transformasi Belia ‘Kawanku Sayang, Keluarga ku Kenang’  Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, kesejahteraan Komuniti, keluarga dan Kanak kanak Sarawak merangkap ADUN N.56 Dalat. Antara program diadakan ialah sesi sembang belia bersama YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah selain Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada anak muda mengisi masa lapang selain menyertai aktiviti yang berfaedah dan berguna kepada para belia Bahagian Dalat dan Mukah.

Selain itu antara program lain adalah Program sihat poco-poco bersama Pawe dalat bertempat di Tebingan Waterfront Dalat, Program SEBERKAS masuk kampong (Gotong royong) bertempat di BEM/SIB Church, Kampung Sungai Ud Dalat dan Program Ziarah kasih SEBERKAS bersama Skuad Kasih Sayang N.56 Dalat di Kampung Sungai Ud dan Kampung Sg Ud Hilir Dalat. Diharap program yang berfaedah seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.