SAGU

 

Tahukah anda negeri Sarawak merupakan pengeksport tepung sagu terbesar dunia dengan eksport tahunan sebanyak 25,000 hingga 50,000 tan metrik ke Semenanjung Malaysia, Jepun, Taiwan, Singapura dll.

Dahulu kala, sagu hanya menjadi makanan tradisi kaum melanau di Daerah Dalat. Di mana, ia dimakan bersama ikan panggang, umai ikan, umai payak, pisang, ulat mulung, kuah kari (telisih) dll. Namun, kini ia menjadi sumber pendapatan yang meningkatkan taraf hidup mereka.

UNTUK TEMPAHAN : PN HAJAH MASINAH ( MASINAH SAGO MEDONG - PENGUSAHA )

NO HP : 019-4690114

ALAMAT : JALAN MASJID KPG MEDONG DALAT

 

 

ULAT MULONG ( SIET)

 

 

Ulat mulong atau si’et merupakan makanan eksotik kaum Melanau yang juga digemari oleh pelbagai kaum di Sarawak.

Si'et atau ulat mulong adalah larva kumbang yang bersarang dalam pokok rumbia yang sudah reput. Siet biasanya memakan isi batang rumbia yang reput. Bagi penggemar makanan eksotik, siet adalah makanan yang istimewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi. Proses untuk mendapatkan ulat rumbia ini bukanlah mudah kerana pokok rumbia yang cukup matang mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur oleh "buyun".

Proses ini biasanya memakan masa kira-kira 40 – 44 hari selepas pokok rumbia ditebang. Kita biasanya akan mengetahui batang rumbia itu mempunyai siet dengan cara mendengar atau melihat adanya buyun berterbangan di kawasan itu. siet biasanya akan mengeluarkan bunyi apabila memakan atau bergerak dalam batang rumbia tadi.

Boleh didapati : Market Basah Dalat 

 

TEBULUH ( ENGKALAK )

  

Nama saintifik bagi buah tebuluh ialah litsea garciea yang merupakan satu rumpun dengan buah avocado. Buah tebuluh yang belum masak bewarna hijau, manakala akan berubah warna ke merah jambu apabila sudah masak. Kebiasaannya ia berbuah dua kali dalam setahun iaitu di antara pertengahan tahun dan juga penghujung tahun. Kebiasaannya masyarakat di daerah Dalat menikmati buah tebuluh dengan sagu. Di mana ianya tidak perlu dimasak tetapi hanya diketuk dengan belakang sudu nasi atau direndam dalam air panas kemudian diletakkan dengan sedikit garam.

Boleh didapati di : Market Pasar Dalat

 

UMAI ( MELANAU SUSHI )

  

Umai merupakan salah satu makanan popular masyarakat melanau atau dikenali sebagai sushi melanau. Umai boleh diperbuat daripada ikan atau payak dan tidak perlu dimasak. Untuk menyediakan umai tidak susah dan kita hanya perlu menggunakan ikan segar yang terpilih seperti ikan bawal putih, ikan bawal hitam, ikan pirang, ikan yu, ikan terubuk atau udang. Umai merupakan hirisan ikan mentah segar yang telah diasingkan dengan tulangnya dan dicampurkan dengan jus limau kasturi, bawang besar, cili, garam serta penambah perasa mengikut selera masing-masing.