JELAJAH ICT PUSAT INTERNET DAERAH DALAT (SK KPG BAKONG OYA)

TARIKH: 11 JULAI 2018

MASA: 2.30 PETANG-4.30 PETANG 

TEMPAT: SK KPG BAKONG OYA 

TUJUAN

Program Jelajah ICT Pusat Internet Daerah Dalat dijalankan bagi mempromosikan Pusat Internet dimana ia memberikan perkhidmatan latihan ICT secara percuma kepada komuniti setempat. Program yang melibatkan seramai 14 orang pelajar sekolah rendah ini juga diadakan bagi memberikan pendedahan awal kepada asas komputer dan perisiannya. Selain itu, program ini juga dapat menarik minat bukan ahli untuk mendaftar menjadi ahli Pusat Internet supaya komuniti setempat dapat bersama-sama menikmati kemudahan ICT yang telah disediakan disamping dapat merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar. Pelajar yang menyertai program ini turut diberi pendedahan mengenai Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint supaya dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka. Sesi Klik dengan Bijak turut dijalankan bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar supaya mereka menggunakan kemudahan internet secara berhemah, tidak meyebarkan berita palsu serta tidak menjadi pembuli siber. 

AKTIVITI

Petugas Pusat Internet daerah Dalat memberikan pengenalan mengenai asas komputer kepada pelajar iaitu penerangan kepada komponen komputer (hardware dan software). Selain itu, petugas juga turut mengajar pelajar untuk menggunakan perisian Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint supaya mereka dapat menguasai dua kemahiran asas ini dengan lebih baik. Seterusnya, tayangan video berserta taklimat Klik dengan Bijak turut diberikan kepada pelajar supaya mereka mendapat pendedahan tentang penyalahgunaan internet, buli siber, penyebaran berita yang tidak benar serta bahaya perkongsian maklumat peribadi di internet. 

{gallery}jelajahbakong{/gallery}