JELAJAH ICT PUSAT INTERNET DAERAH DALAT (SK KG TANAM, DALAT)

TARIKH: 8 OGOS 2018

MASA: 8.30 PAGI-12.00 TENGAHARI 

TEMPAT: SK KG TANAM, DALAT

TUJUAN

Program Jelajah ICT Pusat Internet Daerah Dalat adalah hasil kerjasama tiga buah Pusat Internet di daerah Dalat iaitu Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya, Pusat Internet Kg Medong Hilir dan Pusat Internet Pekan Dalat. Program ini dijalankan di sekolah-sekolah di sekitar Dalat dan Oya bagi mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet (terutamanya perkhidmatan Latihan ICT) kepada komuniti setempat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat komuniti untuk mendaftar menjadi ahli Pusat Internet dimana ia memberikan banyak faedah dan manfaat sekiranya menjadi ahli Pusat Internet. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang asas komputer terutamanya pengenalan kepada Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Seterusnya program ini juga dijalankan bagi mendedahkan komuniti mengenai Klik dengan Bijak dimana ia dapat membantu memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyalahgunaan internet serta mendidik komuniti supaya menggunakan internet secara berhemah. 

AKTIVITI 

Petugas Pusat Internet mendedahkan para pelajar dengan Pengenalan kepada komputer iaitu pengenalan kepada komponen asas komputer (hardware dan software). Selain itu, petugas juga turut melatih pelajar menggunakan perisian Microsoft Word dengan memberikan latihan menaip kepada mereka serta memberi tunjuk ajar cara menggunakan perisian tersebut dengan betul. Seterusnya, petugas turut mendedahkan pelajar dengan perisian Microsoft Powerpoint serta mengajar mereka membuat slide show menggunakan perisian ini bagi meningkatkan tahap kemahiran mereka. Pelajar juga diminta untuk membentangkan slide show yang telah mereka buat. Seterusnya, petugas mendedahkan pelajar dengan sesi Klik dengan Bijak dimana petugas akan menayangkan video Klik dengan Bijak dan memberikan penerangan berbentuk nasihat kepada pelajar. Sesudah selesai sesi tersebut, petugas akan membuat kuiz supaya pelajar berpeluang untuk terlibat secara aktif semasa program ini dijalankan. 

{gallery}jelajahtanam{/gallery}