TARIKH: 29 SEPTEMBER 2018

MASA: 8.00 PAGI-1.00 PETANG

TEMPAT: PUSAT INTERNET PEKAN DALAT 

     Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Pekan Dalat dianjurkan bagi menghebahkan kepada komuniti setempat mengenai kemudahan capaian internet jalur lebar yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Disamping mempereratkan jalinan antara komuniti dengan Pusat Internet Pekan Dalat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti dengan harapan supaya ia dapat merapatkan jurang digital dalam komuniti.

   Pada 29 September 2018, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya adalah seperti Pertandingan Mewarna Online (kategori pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelatih OKU PDK Dalat dan wanita), Kuiz Dashboard Komuniti (kategori belia dan dewasa), Taklimat Advokasi Check your Label dan Klik dengan Bijak, Pengenalan kepada Dashboard Komuniti serta sesi muat turun dan log masuk aplikasi Dashboard Komuniti, Bengkel Keusahawanan (MyShop), pemeriksaan kesihatan serta Ceramah Kesihatan berkaitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.  

   Majlis Penutupan Perasmian Hari Bersama Komuniti ini telah dirasmikan oleh Penghulu Juhan Bin Ilul serta turut diserikan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang, penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan serta sesi cabutan bertuah. Dan kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari. 

{gallery}HBK2018{/gallery}