Tarikh : 15 Februari 2018
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pekan Dalat
Bilangan Peserta : 8 Orang
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Pelajar Sekolah Menengah
TUJUAN :
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk melahirkan pelajar yang tahu menggunakan teknologi terkini serta celik IT. Selain itu, meningkatkan kemahiran menggunakan perisian-perisian komputer.
AKTIVITI :
Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Power Point. Bagi meningkatkan kemahiran peserta, mereka diberikan latihan membuat slide show menggunakan Microsoft Power Point.