Tarikh : 26 Februari 2018

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat :  Pi1M Pekan Dalat

Bilangan Peserta : 19 Orang

Peserta : Ibu Tunggal

Modul : Microsoft Word

TUJUAN :

Kelas ini dihadiri oleh 19 orang golongan ibu tunggal sekitar Pekan Dalat. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan peranan ibu tunggal dalam masyarakat agar dapat menjadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata bagi menggalakkan golongan tersebut menceburi bidang usahawan secara online (eUsahawan). Selain itu, membantu golongan ibu tunggal meningkatkan kemahiran ICT.

AKTIVITI :

Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan seharian. Selain itu, mereka diberikan tunjuk ajar agar peserta memahami cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan baik. Mereka diberikan latih tubi agar mereka lebih memahami setiap fungsi dan simbol dalam Microsoft Word.

ib1

ib2