Tarikh : 27 Februari 2018

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat :  Pi1M Pekan Dalat

Bilangan Peserta : 19 Orang

Peserta : Ibu Tunggal

Modul : Microsoft Power Point

TUJUAN :

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak ini memberikan peluang kepada 19 orang ibu tunggal di sekitar Pekan Dalat meningkat pengetahuan mereka dalam ICT. Malah, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak mensasarkan golongan ibu tunggal ini dapat menjadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata bagi menggalakkan golongan tersebut menceburi bidang usahawan secara online (eUsahawan).

AKTIVITI :

Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Power Point dalam kehidupan seharian. Mereka diberikan tunjuk ajar agar dapat memahami cara untuk menggunakan Microsoft Power Point dengan baik. Pihak penganjur memberikan peserta latihan untuk menghasilkan slide show.

pp1pp2