Tarikh : 28 Februari 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Pi1M Pekan Dalat
Bilangan Peserta : 19 Orang
Peserta : Ibu Tunggal
Modul : Microsoft Power Excel
TUJUAN :
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak ini memberikan peluang kepada 19 orang ibu tunggal di sekitar Pekan Dalat meningkat pengetahuan mereka dalam ICT. Malah, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak mensasarkan golongan ibu tunggal ini dapat menjadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata bagi menggalakkan golongan tersebut menceburi bidang usahawan secara online (eUsahawan).
AKTIVITI :
Peserta diberikan penerangan secara terperinci tentang Microsoft Excel. Mereka diberikan tunjuk ajar agar dapat memahami cara untuk menggunakan Microsoft Excel dengan baik. Untuk meningkatkan penguasaan peserta dalam Microsoft Excel, pihak penganjur memberikan latihan dengan menggunakan perisian ini.