Tarikh : 14 Mei 2018

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : SK St. Kevin Dalat

Bilangan Peserta : 20 Orang

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

TUJUAN :

Program Jelajat ICT Pusat Internet Daerah Dalat diadakan untuk mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet, terutama perkhidmatan latihan ICT kepada komuniti setempat. Selain itu, ia dapat menarik minat bukan ahli untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet. Seramai 20 orang peserta diberikan pendedahan awal kepada asas komputer. Peserta program diperkenalkan kepada Microsoft Office ( Microsoft Word dan Powerpoint ). Dalam pada masa yang sama, Klik Dengan Bijak mendedahkan peserta kepada penggunaan internet secara berhemah, terutama dalam kehidupan seharian.

AKTIVITI :

Taklimat KBD diberikan untuk mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Para peserta diberikan pendidikan dan peringatan secara santai supaya berwaspada melayari dunia siber. Petugas juga memberikan penerangan tentang komponen komputer (harware dan software) kepada peserta yang hadir. Kelas yang dihadiri seramai 20 orang peserta ini diadakan untuk melatih peserta mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint. Aktiviti secara berkumpulan juga diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian ini.

IMG-20180514-WA001312IMG 20180514 120659