KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q4 2023

CELIK IT - DAINIEL EIRFAN BIN DAHLAN

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA                 : DAINIEL EIRFAN BIN DAHLAN

UMUR                 : 11 TAHUN

AHLI                    : 2022

Latar belakang

Dainiel merupakan salah seorang pelajar sekolah menengah. Dia merupakan seorang pelajar yang cerdas di sekolahnya. Dia telah didaftarkan oleh ibu bapanya untuk menjadi ahli di PEDi Pekan Dalat kerana ingin dia mempelajari asas ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dainiel kurang didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di PEDi Pekan Dalat dia tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dainiel seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti PEDi Pekan Dalat. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di PEDi Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan suntingan imej. Dainiel dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas ICT yang diadakan pada setiap minggu di PEDi Pekan Dalat. Selain itu, Dainiel juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat.

3dcc7430-5299-4cac-86a4-b091ee07bd07