KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2024

CELIK IT - MOHAMAD IZZARIEL

NAMA                 : MOHAMAD IZZARIEL MOHD. SHAROL

UMUR                 : 10 TAHUN

AHLI                    : 2022

Latar belakang

Izzariel merupakan salah seorang pelajar sekolah rendah. Dia merupakan seorang pelajar yang cerdas di sekolahnya. Dia telah didaftarkan oleh ibu bapanya untuk menjadi ahli di NaDi Pekan Dalat kerana ingin dia mempelajari asas ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Izzariel kurang didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di NaDi Pekan Dalat dia tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Izzariel seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti NaDi Pekan Dalat. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di NaDi Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan suntingan imej. Izzariel dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas ICT yang diadakan pada setiap minggu di NaDi Pekan Dalat. Selain itu, Izzariel juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat.

419159943 773359031495956 2438231749754513204 n