KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q2 2024

CELIK IT - MOHAMAD HAZIEQ

NAMA                 : MOHAMAD HAZIEQ MOHD. SHAROL

UMUR                 : 11 TAHUN

AHLI                    : 2022

Latar belakang

Hazieq merupakan salah seorang pelajar sekolah rendah. Dia merupakan seorang pelajar yang cerdas di sekolahnya. Dia telah didaftarkan oleh ibu bapanya untuk menjadi ahli di NADI Pekan Dalat kerana ingin dia mempelajari asas ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Hazieq kurang didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di NADI Pekan Dalat dia tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Hazieq seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti NADI Pekan Dalat. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di NADI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan suntingan imej. Hazieq dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas ICT yang diadakan pada setiap minggu di NADI Pekan Dalat. Selain itu, Hazieq juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat.

405123454 743643911134135 144368122736656801 n