USAHAWAN 2 (2024) - PRISCILA JOKLIN
Membuat Kek dan Pastri
NAMA : PRISCILA JOKLIN
UMUR : 38 TAHUN
AHLI : 2023
Latar belakang
Puan Priscila merupakan seorang ibu tunggal dan juga seorang usahawan kek dan pastri. Dia seronok menjalankan perniagaan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Namun beliau belum tahu lebih lanjut mengenai perniagaan secara dalam talian serta cara mempromosikan produknya secara dalam talian.
|
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk tersebut dan kurang tahu medium apa lagi yang boleh digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya. Oleh itu, dia mencari alternatif lain melalui program dan kelas usahawan yang dijalankan di NADI. |
Puan Priscila mula terlibat secara dalam kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat. Dia mengikuti kelas asas keusahawanan yang dijalankan di NADI. Melalui medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli. |
|