KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q4 2024

CELIK IT - JOEFINA BINTI ATING

NAMA                 : JOEFINA BINTI ATING

UMUR                 : 12 TAHUN

AHLI                    : 2022

Latar belakang

Joefina merupakan salah seorang pelajar sekolah rendah. Dia merupakan seorang pelajar yang cerdas di sekolahnya. Dia telah didaftarkan oleh ibu bapanya untuk menjadi ahli di NADI Pekan Dalat kerana ingin dia mempelajari asas ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Joefina kurang didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di NADI Pekan Dalat dia tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Joefina seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti NADI Pekan Dalat. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di NADI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan suntingan imej. Joefina dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas ICT yang diadakan pada setiap minggu di NADI Pekan Dalat. Selain itu, Joefina juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat. 

460849450 933638475468010 6463149967139443297 n