KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q4 ( OKTOBER 2020 )

CELIK IT - ARIELL HERDEN

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : ARIELL HERDEN
UMUR : 14 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Ariell merupakan pelajar tingkatan 2 di SMK Dalat. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam menyertai aktiviti sama ada di sekolah mahupun aktiviti di Pusat Internet (PI).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di PI seperti aktiviti kelas komputer, adik Ariell kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan juga internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Ariell sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI Pekan Dalat. Dia terlibat secara aktif dalam aktiviti seperti kelas komputer. Selain itu, dia juga pertama kali belajar menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Adik Ariell dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Komputer secara berkala yang dijalankan di PI Pekan Dalat.

 

IMG 20190620 113124

 

USAHAWAN 1 - ERMILIA LAPOY

Menjual barangan kecantikan secara dalam talian. 

NAMA : ERMILIA BT LAPOY
UMUR : 30 TAHUN
AHLI : 2020

 

Latar belakang

Emilia merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak, namun dia menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Oleh itu, beliau memulakan langkah menjual produk kecantikan/kosmetik secara dalam talian kerana berpendapat cara itu mampu membantu beliau menambah pendapatan sampingan.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
 

Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 

Emilia juga turut terlibat secara aktif dalam kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat termasuklah Bengkel Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet. Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI Pekan Dalat, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat.

 

Capture

USAHAWAN 2 - SUHIZAN IBRAHIM

Menjual kek secara dalam talian. 

NAMA : SUHIZAN BINTI IBRAHIM
UMUR : 39 TAHUN
AHLI : 2020

 

Latar belakang

Puan Suhizan merupakan seorang guru di Sk Sg Kut Tengah, Dalat. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet Pekan Dalat pada tahun 2020 dan juga mengikuti pelbagai program yang diadakan di Pusat Internet Pekan Dalat. Beliau merupakan ibu kepada 4 orang anak dan memulakan perniagaan menjual pelbagai kek sejak tahun 2010 sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Pada mulanya, beliau hanya menghasilkan beberapa jenis kek sahaja dan menjual di sekitar kampung juga sekolah di mana beliau bertugas.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Pada tahun 2019 sehinga kini, beliau telah mengeluarkan sebanyak 1000 pilihan kek dan juga berjaya menjual 100 biji kek dalam masa 3 minggu. Selain itu,beliau juga aktif mengikuti pelbagai jenis kelas latihan usahawan, kelas membuat kek dan khidmat komuniti yang diadakan di Daerah Dalat termasuklah di Pusat Internet Pekan Dalat. 
 
Capture