KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 (JANUARI 2021)
CELIK IT - ANDRIAN ANDREW
ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE
NAMA | : ANDRIAN ANDREW |
UMUR | : 16 TAHUN |
AHLI | : 2017 |
Latar belakang
Adik Andrian merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Dalat. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam menyertai aktiviti sama ada di sekolah mahupun aktiviti di Pusat Internet (PI).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan aktiviti di PI seperti aktiviti kelas komputer, adik Andrian kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan juga internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Andrian sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI Pekan Dalat. Dia terlibat secara aktif dalam aktiviti seperti kelas komputer. Selain itu, dia juga pertama kali belajar menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Adik Andrian dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Komputer secara berkala yang dijalankan di PI Pekan Dalat.
USAHAWAN 1 - CORINTIANS KELINUS (FEBRUARI 2021)
Menjual barangan makanan secara atas talian.
NAMA | : CORINTIANS KELINUS |
UMUR | : 27 TAHUN |
AHLI | : 2009 |
Latar belakang
Corintians merupakan seorang kerani, namun dia menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Oleh itu, beliau memulakan langkah menjual barangan secara dalam talian kerana berpendapat cara itu mampu membantu beliau menambah pendapatan sampingan. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya. |
Corintians terlibat secara aktif dalam aktiviti atau sebarang bentuk kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat termasuklah Bengkel Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet. Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI Pekan Dalat, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat.
|
USAHAWAN 2 - JOHN JULAIHI (MAC 2021)
Menjual makanan kering seperti biskut dan kek secara dalam talian.
NAMA | : JOHN JULAIHI MIGU |
UMUR | : 33 TAHUN |
AHLI | : 2012 |
Latar belakang
John bekerja sebagai pembantu di kedai makan pada waktu malam, namun dia menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia mula menjadi agen dalam penjualan biskut dan juga kek. Dia seronok menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Oleh itu, beliau memulakan langkah menjual barangan secara dalam talian kerana berpendapat cara itu mampu membantu beliau menambah pendapatan sampingan. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya. |
John kemudian terlibat secara aktif dalam aktiviti atau sebarang bentuk kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat termasuklah Bengkel Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet. Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI Pekan Dalat, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat. |