KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2022
CELIK IT - EDDEROL SUNGONG
ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE
NAMA : EDDEROL SUNGONG
UMUR : 37 TAHUN
AHLI : 2018
Latar belakang
Edderol merupakan salah seorang pelajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dalat. Beliau merupakan pelajar kelainan upaya (fizikal) yang mudah memahami apa yang diajar walaupun beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini. Beliau gigih belajar asas komputer meskipun mempunyai kekurangan fizikal.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Edderol merupakan pelajar kelainan upaya dan memang tidak didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di PEDi Pekan Dalat beliau tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Edderol seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti PEDi Pekan Dalat. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di PEDi Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Edderol dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas Komputer Pelatih OKU PDK yang diadakan pada setiap minggu di PEDi Pekan Dalat. Selain itu, Edderol juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat.