USAHAWAN 1 - LILY BINTI MALENG

Menjual barangan berasaskan jahitan

NAMA                 :  LILY BT MALENG

UMUR                 : 48 TAHUN

AHLI                    : 2022 

Latar belakang

Puan Lily merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada dua orang anak, namun dia menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Beliau sangat meminati bidang jahitan dan menggunakan minatnya itu sebagai medium untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau mula menerima tempahan jahitan serta menjual barang berasaskan jahitan seperti beg, sarung bantal dan sebagainya. Dia seronok menjalankan perniagaan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Namun beliau hanya menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Whatapps sahaja untuk menjual produknya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk tersebut dan kurang tahu medium apa lagi yang boleh digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya. Oleh itu, dia mencari alternatif lain melalui program dan kelas usahawan yang dijalankan di PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Lily mula terlibat secara aktif dalam kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat dan Mukah termasuklah Xpo Usahawan Mikro yang dijalankan oleh Kluster Mukah dan Dalat anjuran bersama agensi-agensi luar. Setelah mengikuti Xpo Usahawan tersebut, dia semakin berminat untuk menyertai lebih banyak lagi program usahawan di PEDi. Dia juga meminta petugas PEDi untuk mengajarnya asas perniagaan di Shopee. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli.

d1003cfe-f2db-4b75-9d07-769e67c829a5