USAHAWAN 2 - LAWRENCE BIN DAN 

Membuat dan menjual barangan kraftangan

NAMA                 :  LAWRENCE BIN DAN 

UMUR                 : 46 TAHUN

AHLI                    : 2022 

Latar belakang

Encik Lawrence merupakan seorang peminat seni pertukangan kayu dan bermula dari situlah dia ingin meneruskan minatnya dengan membuat kraftangan bermotifkan tradisi Melanau seperti Terendak dan sebagainya. Dia mengorak langkah sebagai pengusaha kraftangan apabila kraftangannya mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk tersebut dan kurang tahu medium apa lagi yang boleh digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya. Oleh itu, dia mencari alternatif lain melalui program dan kelas usahawan yang dijalankan di PEDi dan oleh agensi luar seperti MARA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Encik Lawrence mula terlibat secara aktif dalam kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat dan Mukah termasuklah Xpo Usahawan Mikro yang dijalankan oleh Kluster Mukah dan Dalat anjuran bersama agensi-agensi luar. Setelah mengikuti Xpo Usahawan tersebut, dia semakin berminat untuk menyertai lebih banyak lagi program usahawan di PEDi. Dia juga turut menyertai Program E-Business in Creating Sales in FB page and FB lives anjuran Kluster Mukah dan Dalat. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli. Bahkan produk kraftangannya bukan sahaja mendapat perhatian komuniti setempat bahkan turut mendapat perhatian daripada agensi dan Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah iaitu DUN N56 Dalat.

 

6f63de86-aaa0-4afd-93c6-1c0b978c3304