USAHAWAN 1 (2023) - MARYANI HARUN

Membuat dan menjual kek lapis Sarawak

NAMA                 :  MARYANI BINTI HARUN

UMUR                 : 47 TAHUN

AHLI                    : 2017

Latar belakang

Puan Maryani merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan juga seorang ibu, namun dia menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Beliau sangat suka membuat kek lapis Sarawak dan menggunakan minatnya itu sebagai medium untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau mula menerima tempahan kek lapis Sarawak apabila tiba musim perayaan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Namun beliau belum tahu lebih lanjut mengenai perniagaan secara dalam talian

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk tersebut dan kurang tahu medium apa lagi yang boleh digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya. Oleh itu, dia mencari alternatif lain melalui program dan kelas usahawan yang dijalankan di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Maryani mula terlibat secara dalam kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat. Dia mengikuti kelas asas keusahawanan yang dijalankan di PEDi. Melalui medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli.

336878330 189540337158450 6404984055348803734 n