USAHAWAN 2 (2023) - CYRIL CONYLA HAMDIN

Menjual minyak wangi/perfume

NAMA                 :  CYRIL CONYLA HAMDIN

UMUR                 : 26 TAHUN

AHLI                    : 2018

Latar belakang

Cik Cyril Conyla menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Beliau menjual minyak wangi untuk menjana pendapatan sampingan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Namun beliau belum tahu lebih lanjut mengenai perniagaan secara dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk tersebut dan kurang tahu medium apa lagi yang boleh digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya. Oleh itu, dia mencari alternatif lain melalui program dan kelas usahawan yang dijalankan di PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Cik Cyril mula terlibat secara dalam kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat. Dia mengikuti kelas asas keusahawanan yang dijalankan di PEDi. Melalui medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli.

a8093eae-2671-4efe-9832-eaf6123f7da5