KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q3 2023

CELIK IT - NUR FIRZANAH BINTI SALEM

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA                 : NUR FIRZANAH BINTI SALEM

UMUR                 : 12 TAHUN

AHLI                    : 2018

Latar belakang

Nur Firzanah merupakan salah seorang pelajar sekolah rendah. Dia merupakan seorang pelajar yang cerdas di sekolahnya. Dia telah didaftarkan oleh ibu bapanya untuk menjadi ahli di PEDi Pekan Dalat kerana ingin dia mempelajari asas ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nur Firzanah kurang didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di PEDi Pekan Dalat dia tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nur Firzanah seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti PEDi Pekan Dalat. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di PEDi Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Power Point dan suntingan imej. Nur Firzanah dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas ICT yang diadakan pada setiap minggu di PEDi Pekan Dalat. Selain itu, Nur Firzanah juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat

347620140 665063465658847 5097397023289732092 n