KELAS MICROSOFT POWERPOINT BERTEMAKAN HARI KEMERDEKAAN DAN KLIK DENGAN BIJAK 

TARIKH: 18 OGOS 2018 

MASA: 10.00 PAGI-12.00 TENGAHARI 

TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT  

TUJUAN: 

  1. Melatih peserta menggunakan Microsoft Powerpoint.
  2. Memberikan latihan membuat slide show bertemakan kemerdekaan.
  3. Memupuk semangat cinta akan negara melalui aktiviti yang diadakan.
  4. Memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa menggunakan internet dengan bijak dan berhemah.
  5. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet.

 

AKTIVITI: 

  1. Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint.
  2. Melatih peserta membuat slide show bertemakan hari kemerdekaan.
  3. Menunjukkan tayangan video Klik dengan Bijak.
  4. Menerangkan mengenai penggunaan internet secara berhemah.

{gallery}180818ppkdb{/gallery} 

KELAS ASAS KOMPUTER-MICROSOFT WORD (PELATIH PDK DALAT)

TARIKH: 16 OGOS 2018

MASA: 11.00 PAGI-12.30 TENGAHARI

TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT 

TUJUAN:

  1. Mendedahkan pelatih dengan Microsoft Office terutamanya Microsoft Word.
  2. Memberi tunjuk ajar kepada pelatih tentang cara melayari internet dan mencari imej di Google Chrome.

 

AKTIVITI:

  1. Pelatih didedahkan dengan penggunaan perisian Microsoft Word.
  2. Pelatih diajar cara untuk melayari internet dan memuat turun imej di Google Chrome.

{gallery}160818pdk{/gallery}

KELAS ASAS KOMPUTER-MICROSOFT WORD (PELATIH OKU PDK DALAT)

TARIKH: 9 OGOS 2018

MASA: 11.00 PAGI-12.30 TENGAHARI 

TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT 

TUJUAN:

1) Penerangan mengenai asas komputer kepada pelatih terutamanya perisian Microsoft Word. 

2) Meningkatkan kemahiran ICT pelatih menggunakan Microsoft Office. 

AKTIVITI: 

1) Memberi tunjuk ajar kepada pelatih cara menggunakan perisian Microsoft Word dengan betul. 

2) Memberi latihan menaip secara berkala kepada pelatih supaya dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka.

{gallery}pdk0908{/gallery}

KELAS ASAS KOMPUTER-MICROSOFT WORD (PELATIH OKU PDK DALAT)

TARIKH: 15 OGOS 2018

MASA:11.00 PAGI-12.30 TENGAHARI

TEMPAT:BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT

TUJUAN:

  1. Memberi penerangan mengenai asas komputer kepada pelatih OKU.
  2. Mendedahkan pelatih dengan Microsoft Office terutamanya Microsoft Word.

 

AKTIVITI:

  1. Memberikan pengenalan mengenai Microsoft Word.
  2. Memberi tunjuk ajar mengenai cara menggunakan Microsoft Word.

{gallery}150818pdk{/gallery}

JELAJAH ICT PUSAT INTERNET DAERAH DALAT (SK KG TANAM, DALAT)

TARIKH: 8 OGOS 2018

MASA: 8.30 PAGI-12.00 TENGAHARI 

TEMPAT: SK KG TANAM, DALAT

TUJUAN

Program Jelajah ICT Pusat Internet Daerah Dalat adalah hasil kerjasama tiga buah Pusat Internet di daerah Dalat iaitu Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya, Pusat Internet Kg Medong Hilir dan Pusat Internet Pekan Dalat. Program ini dijalankan di sekolah-sekolah di sekitar Dalat dan Oya bagi mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet (terutamanya perkhidmatan Latihan ICT) kepada komuniti setempat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat komuniti untuk mendaftar menjadi ahli Pusat Internet dimana ia memberikan banyak faedah dan manfaat sekiranya menjadi ahli Pusat Internet. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang asas komputer terutamanya pengenalan kepada Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Seterusnya program ini juga dijalankan bagi mendedahkan komuniti mengenai Klik dengan Bijak dimana ia dapat membantu memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyalahgunaan internet serta mendidik komuniti supaya menggunakan internet secara berhemah. 

AKTIVITI 

Petugas Pusat Internet mendedahkan para pelajar dengan Pengenalan kepada komputer iaitu pengenalan kepada komponen asas komputer (hardware dan software). Selain itu, petugas juga turut melatih pelajar menggunakan perisian Microsoft Word dengan memberikan latihan menaip kepada mereka serta memberi tunjuk ajar cara menggunakan perisian tersebut dengan betul. Seterusnya, petugas turut mendedahkan pelajar dengan perisian Microsoft Powerpoint serta mengajar mereka membuat slide show menggunakan perisian ini bagi meningkatkan tahap kemahiran mereka. Pelajar juga diminta untuk membentangkan slide show yang telah mereka buat. Seterusnya, petugas mendedahkan pelajar dengan sesi Klik dengan Bijak dimana petugas akan menayangkan video Klik dengan Bijak dan memberikan penerangan berbentuk nasihat kepada pelajar. Sesudah selesai sesi tersebut, petugas akan membuat kuiz supaya pelajar berpeluang untuk terlibat secara aktif semasa program ini dijalankan. 

{gallery}jelajahtanam{/gallery}

Sub-kategori