KELAS ASAS KOMPUTER - MICROSOFT WORD
TARIKH: 4 OKTOBER 2018
MASA: 4.00 PETANG-5.00 PETANG
TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT
TUJUAN:
- Memberi penerangan mengenai Microsoft Word dan asas perisian komputer.
- Meningkatkan kemahiran yang sedia ada pada peserta.
- Melatih peserta menggunakan smart art
AKTIVITI:
- Latihan menaip menggunakan Microsoft Word
- Mencari imej di Google Chrome
{gallery}041018word{/gallery}
TARIKH: 29 SEPTEMBER 2018
MASA: 8.00 PAGI-1.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT INTERNET PEKAN DALAT
Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Pekan Dalat dianjurkan bagi menghebahkan kepada komuniti setempat mengenai kemudahan capaian internet jalur lebar yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Disamping mempereratkan jalinan antara komuniti dengan Pusat Internet Pekan Dalat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti dengan harapan supaya ia dapat merapatkan jurang digital dalam komuniti.
Pada 29 September 2018, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya adalah seperti Pertandingan Mewarna Online (kategori pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelatih OKU PDK Dalat dan wanita), Kuiz Dashboard Komuniti (kategori belia dan dewasa), Taklimat Advokasi Check your Label dan Klik dengan Bijak, Pengenalan kepada Dashboard Komuniti serta sesi muat turun dan log masuk aplikasi Dashboard Komuniti, Bengkel Keusahawanan (MyShop), pemeriksaan kesihatan serta Ceramah Kesihatan berkaitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.
Majlis Penutupan Perasmian Hari Bersama Komuniti ini telah dirasmikan oleh Penghulu Juhan Bin Ilul serta turut diserikan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang, penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan serta sesi cabutan bertuah. Dan kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari.
{gallery}HBK2018{/gallery}
KELAS ASAS KOMPUTER-MICROSOFT WORD (PELATIH OKU PDK DALAT)
TARIKH: 29 OGOS 2018
MASA: 11.00 PAGI-12.30 TENGAHARI
TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT
TUJUAN:
Memberikan latihan membuat poster bertemakan "Sayangi Malaysiaku" menggunakan Microsoft Word kepada pelatih OKU.
Memberi tunjuk ajar tentang cara memuat turun imej di Google Chrome.
AKTIVITI:
Latihan membuat poster menggunakan Microsoft Word.
Melayari internet serta memuat turun imej dari internet.
{gallery}290818pdk{/gallery}
KELAS ASAS KOMPUTER-MICROSOFT WORD (PELATIH OKU PDK DALAT)
TARIKH: 12 SEPTEMBER 2018
MASA: 11.00 PAGI-12.30 TENGAHARI
TUJUAN:
- Memberikan latihan menggunakan smart art dalam Microsoft Word.
- Memberi tunjuk ajar tentang cara memuat turun imej di Google Chrome.
AKTIVITI:
- Latihan menggunakan smart art dalam Microsoft Word.
- Memuat turun imej di Google Chrome
{gallery}pdk1209{/gallery}
KELAS ASAS KOMPUTER-MICROSOFT WORD (PELATIH OKU PDK DALAT)
TARIKH: 23 OGOS 2018
MASA: 11.00 PAGI-12.30 TENGAHARI
TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT
TUJUAN:
- Mendedahkan pelatih dengan Microsoft Office terutamanya Microsoft Word.
- Memberi latihan menaip secara berkala kepada pelatih bagi meningkatkan kemahiran menaip mereka.
AKTIVITI:
- Penerangan mengenai asas komputer dan Microsoft Word kepada pelatih.
- Memberikan latihan menaip kepada pelatih supaya dapat meningkatkan kemahiran mereka.
{gallery}230818pdk{/gallery}