KELAS ASAS KOMPUTER (PELATIH OKU PDK DALAT)

TARIKH: 26 JULAI 2018 

MASA: 11.00 PAGI-12.30 TENGAHARI 

TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT

TUJUAN:

1) Penerangan mengenai asas komputer.

2) Mendedahkan pelatih dengan Microsoft Office terutamanya Microsoft Word

AKTIVITI:

1) Mengajar pelatih menggunakan perisian Microsoft Word dengan betul. 

2) Memberikan latihan menaip kepada pelatih.  

{gallery}pdk2407{/gallery}

JELAJAH ICT PUSAT INTERNET DAERAH DALAT (SK SG UD, DALAT)

TARIKH: 24 JULAI 2018

MASA: 2.30 PETANG-4.30 PETANG 

TEMPAT: SK SG UD, DALAT

TUJUAN

Program Jelajah ICT Pusat Internet Daerah Dalat adalah hasil kerjasama tiga buah Pusat Internet di daerah Dalat iaitu Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya, Pusat Internet Kg Medong Hilir dan Pusat Internet Pekan Dalat. Program ini dijalankan di sekolah-sekolah di sekitar Dalat dan Oya bagi mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet (terutamanya perkhidmatan Latihan ICT) kepada komuniti setempat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat komuniti untuk mendaftar menjadi ahli Pusat Internet dimana ia memberikan banyak faedah dan manfaat sekiranya menjadi ahli Pusat Internet. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang asas komputer terutamanya pengenalan kepada Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Seterusnya program ini juga dijalankan bagi mendedahkan komuniti mengenai Klik dengan Bijak dimana ia dapat membantu memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyalahgunaan internet serta mendidik komuniti supaya menggunakan internet secara berhemah. 

AKTIVITI 

Petugas Pusat Internet mendedahkan para pelajar dengan Pengenalan kepada komputer iaitu pengenalan kepada komponen asas komputer (hardware dan software). Selain itu, petugas juga turut melatih pelajar menggunakan perisian Microsoft Word dengan memberikan latihan menaip kepada mereka serta memberi tunjuk ajar cara menggunakan perisian tersebut dengan betul. Seterusnya, petugas turut mendedahkan pelajar dengan perisian Microsoft Powerpoint serta mengajar mereka membuat slide show menggunakan perisian ini bagi meningkatkan tahap kemahiran mereka. Pelajar juga diminta untuk membentangkan slide show yang telah mereka buat. Seterusnya, petugas mendedahkan pelajar dengan sesi Klik dengan Bijak dimana petugas akan menayangkan video Klik dengan Bijak dan memberikan penerangan berbentuk nasihat kepada pelajar. Sesudah selesai sesi tersebut, petugas akan membuat kuiz supaya pelajar berpeluang untuk terlibat secara aktif semasa program ini dijalankan. 

{gallery}jelajahsgud{/gallery}

 

JELAJAH ICT PUSAT INTERNET DAERAH DALAT (SK KPG BAKONG OYA)

TARIKH: 11 JULAI 2018

MASA: 2.30 PETANG-4.30 PETANG 

TEMPAT: SK KPG BAKONG OYA 

TUJUAN

Program Jelajah ICT Pusat Internet Daerah Dalat dijalankan bagi mempromosikan Pusat Internet dimana ia memberikan perkhidmatan latihan ICT secara percuma kepada komuniti setempat. Program yang melibatkan seramai 14 orang pelajar sekolah rendah ini juga diadakan bagi memberikan pendedahan awal kepada asas komputer dan perisiannya. Selain itu, program ini juga dapat menarik minat bukan ahli untuk mendaftar menjadi ahli Pusat Internet supaya komuniti setempat dapat bersama-sama menikmati kemudahan ICT yang telah disediakan disamping dapat merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar. Pelajar yang menyertai program ini turut diberi pendedahan mengenai Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint supaya dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka. Sesi Klik dengan Bijak turut dijalankan bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar supaya mereka menggunakan kemudahan internet secara berhemah, tidak meyebarkan berita palsu serta tidak menjadi pembuli siber. 

AKTIVITI

Petugas Pusat Internet daerah Dalat memberikan pengenalan mengenai asas komputer kepada pelajar iaitu penerangan kepada komponen komputer (hardware dan software). Selain itu, petugas juga turut mengajar pelajar untuk menggunakan perisian Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint supaya mereka dapat menguasai dua kemahiran asas ini dengan lebih baik. Seterusnya, tayangan video berserta taklimat Klik dengan Bijak turut diberikan kepada pelajar supaya mereka mendapat pendedahan tentang penyalahgunaan internet, buli siber, penyebaran berita yang tidak benar serta bahaya perkongsian maklumat peribadi di internet. 

{gallery}jelajahbakong{/gallery}

 

KELAS MICROSOFT POWERPOINT DAN KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH: 21 JULAI 2018

MASA: 10.00 PAGI-12.00 TENGAHARI 

TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT 

TUJUAN:

1)Memberi pengenalan mengenai Microsoft Powerpoint .

2)Melatih peserta menggunakan Microsoft Powerpoint.

3)Memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa menggunakan internet dengan bijak dan berhemah.

4)Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet.

 

AKTIVITI: 

1)Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint.

2)Melatih peserta menggunakan Microsoft Powerpoint.

3)Menunjukkan tayangan video Klik dengan Bijak.

4)Menerangkan mengenai penggunaan internet secara berhemah.

{gallery}210718kdb{/gallery}

PROGRAM JALINAN KERJASAMA MCMC & MITeC- TRAIN THE TRAINER (TTT) KEUSAHAWANAN E-DAGANGN LUAR BANDAR SARAWAK DI PUSAT INTERNET 2018 (ZON MUKAH) 

TARIKH: 4 JULAI 2018

MASA: 8.30 PAGI-5.00 PETANG 

TEMPAT: PUSAT INTERNET PEKAN DALAT 

TUJUAN

Program Train the Trainer (TTT) Keusahawanan E-Dagang Luar Bandar Sarawak merupakan program kerjasama antara Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dengan Ministry of International Trade & e-Commerce (MITeC) yang bertujuan untuk memperkenalkan ekonomi digital kepada usahawan luar bandar seiring dengan saranan YAB Ketua Menteri Sarawak. Program ini juga memberi latihan kepada petugas Pusat Internet di Sarawak mengenai pemasaran internet melalui penggunaan portal Sarawak Product. Petugas yang menghadiri kursus ini juga turut didedahkan dengan pengurusan sistem dan cara mudah untuk memasarkan produk melalui portal Sarawak Product. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melatih petugas Pusat Internet supaya dapat membantu usahawan tempatan untuk memasarkan perniagaan mereka melalui internet atau secara atas talian. 

AKTIVITI 

Sepanjang kursus ini dijalankan, petugas Pusat Internet diberikan pendedahan mengenai portal Sarawak Product, syarat menjadi vendor di portal serta kelebihan portal itu sendiri. Selain itu, petugas juga turut diajar cara-cara untuk mengemas kini sistem dashboard vendor serta diajar cara-cara untuk memasukkan produk ke dalam portal menggunakan variasi. Petugas juga didedahkan dengan info tentang pemasaran mudah untuk portal. Petugas juga diberi peluang untuk membuka akaun sebagai vendor di portal Sarawak Product supaya mereka dapat mempraktikkan apa yang telah diajar semasa program tersebut berlangsung.

{gallery}TTT{/gallery}

Sub-kategori