Tarikh : 27 Februari 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pi1M Pekan Dalat
Bilangan Peserta : 19 Orang
Peserta : Ibu Tunggal
Modul : Microsoft Power Point
TUJUAN :
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak ini memberikan peluang kepada 19 orang ibu tunggal di sekitar Pekan Dalat meningkat pengetahuan mereka dalam ICT. Malah, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak mensasarkan golongan ibu tunggal ini dapat menjadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata bagi menggalakkan golongan tersebut menceburi bidang usahawan secara online (eUsahawan).
AKTIVITI :
Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Power Point dalam kehidupan seharian. Mereka diberikan tunjuk ajar agar dapat memahami cara untuk menggunakan Microsoft Power Point dengan baik. Pihak penganjur memberikan peserta latihan untuk menghasilkan slide show.
Tarikh : 26 Februari 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pi1M Pekan Dalat
Bilangan Peserta : 19 Orang
Peserta : Ibu Tunggal
Modul : Microsoft Word
TUJUAN :
Kelas ini dihadiri oleh 19 orang golongan ibu tunggal sekitar Pekan Dalat. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan peranan ibu tunggal dalam masyarakat agar dapat menjadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata bagi menggalakkan golongan tersebut menceburi bidang usahawan secara online (eUsahawan). Selain itu, membantu golongan ibu tunggal meningkatkan kemahiran ICT.
AKTIVITI :
Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan seharian. Selain itu, mereka diberikan tunjuk ajar agar peserta memahami cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan baik. Mereka diberikan latih tubi agar mereka lebih memahami setiap fungsi dan simbol dalam Microsoft Word.
Tarikh : 06 Februari 2018
Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pekan Dalat
Bilangan Peserta : 6 Orang
Peserta : Pelbagai
TUJUAN :
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta dari pelbagai umur. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberikan tunjuk ajar agar peserta memahami / mengetahui cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan baik. Selain itu, meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang ICT.
AKTIVITI :
Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan seharian. Selain itu, mereka diberikan latihan menaip untuk meningkatkan penguasaan dalam ICT.
Tarikh : 15 Februari 2018
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pekan Dalat
Bilangan Peserta : 8 Orang
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Pelajar Sekolah Menengah
TUJUAN :
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk melahirkan pelajar yang tahu menggunakan teknologi terkini serta celik IT. Selain itu, meningkatkan kemahiran menggunakan perisian-perisian komputer.
AKTIVITI :
Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Power Point. Bagi meningkatkan kemahiran peserta, mereka diberikan latihan membuat slide show menggunakan Microsoft Power Point.
Tarikh : 25 Januari 2018
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pekan Dalat
Bilangan Peserta : 7 Orang
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
TUJUAN :
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang pentingnya penggunaan internet secara berhemah dan memberikan galakan positif tentang cara menggunakan internet dengan bijak melalui KDB. Kesemua peserta diingatkan untuk sentiasa klik dengan bijak setiap kali menggunakan internet.
AKTIVITI :
Peserta diberikan taklimat klik dengan bijak dan dipertontonkan dengan tayangan video.