Tarikh : 16 Mac 2018

Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang

Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pekan Dalat

Bilangan Peserta : 10 Orang

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

TUJUAN :

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan perisian-perisian komputer. Dalam pada masa yang sama, meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang ICT, terutama dalam Microsoft Power Point. Dalam pada masa yang sama, peserta didedahkan tentang penggunaan internet secara berhemah dalam kehidupan seharian melalui Klik Dengan Bijak.

AKTIVITI :

Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Power Point. Selain itu, mereka diberikan latihan membuat slide show untuk meningkatkan penguasaan dalam ICT. Peserta juga dipertontonkan dengan tayangan Klik Dengan Bijak.

kdb1kdb2

Tarikh : 14 Mac 2018

Masa : 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat : Pi1M Kg Kuala Hilir Oya

Bilangan Peserta : 50 Orang

Peserta : Dewasa, Wanita

TUJUAN :

Program / Aktiviti bertujuan untuk membantu golongan usahawan tempatan dalam memperkembangkan perniagaan mereka melalui kuasa internet.Selain itu, membantu golongan bakal usahawan dalam memulakan perniagaan melalui perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia. Masyarakat sekitarnya didedahkan bagaimana internet boleh mengubah sosio-ekonomi penduduk tempatan dan pentingnya dalam kehidupan seharian. Melalui program ini juga, masyarakat diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti. Dalam pada masa yang sama,mempromosikan perkidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia kepada penduduk tempatan.

AKTIVITI :

Banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti Bengkel Asas ICT Multimedia, Bengkel Penghasilan Video Dan Foto, Bengkel Myshop dan juga Dashboard Komuniti. Selain daripada itu, ada juga aktiviti sampingan yang diadakan seperti zumba, kelas kek, taklimat usahawan MARA, kuiz portal Pi1M, e-Waste dan Myheath untuk masyarakat sekitarnya. 

 

o1o2o3o4o5o7

Tarikh : 01 Mac 2018

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat :  Pi1M Pekan Dalat

Bilangan Peserta : 19 Orang

Peserta : Ibu Tunggal

Modul : Microsoft Power Excel (sambungan)

             Kursus Cloud Camputing 2018

TUJUAN :

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak ini memberikan peluang kepada 19 orang ibu tunggal di sekitar Pekan Dalat meningkat pengetahuan mereka dalam ICT. Malah, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak mensasarkan golongan ibu tunggal ini dapat menjadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata bagi menggalakkan golongan tersebut menceburi bidang usahawan secara online (eUsahawan).

AKTIVITI :

Pihak penganjur memberikan penerangan tentang kegunaan Cloud Camputing 2018 kepada peserta. Peserta diberikan latihan untuk meningkatkan kemahiran ICT dan penguasaan kemahiran menggunakan komputer.

cc1cc2

cc3cc4

 

Tarikh : 05 Mac 2018, 08 Mac 2018, 15 Mac 2018

Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pekan Dalat

Bilangan Peserta : 1 Orang

Peserta : Dewasa

TUJUAN :

Klik Dengan Bijak mendedahkan peserta kepada penggunaan internet secara berhemah, terutama dalam kehidupan seharian. Kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Word dan bidang ICT.

AKTIVITI :

Peserta diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan seharian. Selain itu, mereka diberikan latihan menaip untuk meningkatkan penguasaan dalam ICT.

 

rac1rac2rac3rac6rac5

 

 

Tarikh : 28 Februari 2018

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat :  Pi1M Pekan Dalat

Bilangan Peserta : 19 Orang

Peserta : Ibu Tunggal

Modul : Microsoft Power Excel

TUJUAN :

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak ini memberikan peluang kepada 19 orang ibu tunggal di sekitar Pekan Dalat meningkat pengetahuan mereka dalam ICT. Malah, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak mensasarkan golongan ibu tunggal ini dapat menjadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata bagi menggalakkan golongan tersebut menceburi bidang usahawan secara online (eUsahawan).

AKTIVITI :

Peserta diberikan penerangan secara terperinci tentang Microsoft Excel. Mereka diberikan tunjuk ajar agar dapat memahami cara untuk menggunakan Microsoft Excel dengan baik. Untuk meningkatkan penguasaan peserta dalam Microsoft Excel, pihak penganjur memberikan latihan dengan menggunakan perisian ini.

ex1ex2

Sub-kategori