KELAS RESUME DAN CURICULUM VITAE (CV)

TARIKH: 27 JUN 2018

MASA: 3.30 PETANG-4.30 PETANG 

TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT

TUJUAN: 

1)Memberi pengetahuan kepada peserta tentang format resume dan Curiculum Vitae (CV) yang betul bagi permohonan kerja.

2)Menerangkan perbezaan antara resume dan CV kepada peserta.

3)Membantu peserta membuat resume atau CV mengikut format yang sesuai.

AKTIVITI: 

1)Penerangan tentang format resume dan CV yang betul.

2)Penerangan tentang perbezaan dan persamaan resume dan CV.

3)Peserta membuat resume mengikut format yang diajar.

{gallery}270618cv{/gallery}

KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH: 21 JUN 2018

MASA: 2.30 PETANG-4.00 PETANG

TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT

TUJUAN

1)Memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa menggunakan internet dengan bijak dan berhemah.

2)Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet.

AKTIVITI

1)Taklimat Klik dengan Bijak. 

2)Tayangan video Klik dengan Bijak.

 

{gallery}210618kdb{/gallery}

Tarikh : 14 Mei 2018

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : SK St. Kevin Dalat

Bilangan Peserta : 20 Orang

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

TUJUAN :

Program Jelajat ICT Pusat Internet Daerah Dalat diadakan untuk mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet, terutama perkhidmatan latihan ICT kepada komuniti setempat. Selain itu, ia dapat menarik minat bukan ahli untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet. Seramai 20 orang peserta diberikan pendedahan awal kepada asas komputer. Peserta program diperkenalkan kepada Microsoft Office ( Microsoft Word dan Powerpoint ). Dalam pada masa yang sama, Klik Dengan Bijak mendedahkan peserta kepada penggunaan internet secara berhemah, terutama dalam kehidupan seharian.

AKTIVITI :

Taklimat KBD diberikan untuk mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Para peserta diberikan pendidikan dan peringatan secara santai supaya berwaspada melayari dunia siber. Petugas juga memberikan penerangan tentang komponen komputer (harware dan software) kepada peserta yang hadir. Kelas yang dihadiri seramai 20 orang peserta ini diadakan untuk melatih peserta mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint. Aktiviti secara berkumpulan juga diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian ini.

IMG-20180514-WA001312IMG 20180514 120659

 

KELAS ASAS MICROSOFT WORD 

TARIKH: 20 JUN 2018

MASA: 3.30 PETANG- 5.00 PETANG

TEMPAT: BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEKAN DALAT

TUJUAN:

1)Memberi pendedahan mengenai Microsoft Word dan asas perisian komputer.

2)Meningkatkan kemahiran yang sedia ada pada peserta.

AKTIVITI:

1)Penerangan mengenai asas Microsoft Word.

2)Latihan menaip dan memasukkan gambar.

 

{gallery}200618{/gallery}

Tarikh : 25 April 2018

Masa : 2.00 petang hingga 4.30 petang

Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pekan Dalat

Bilangan Peserta : 6 Orang

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

TUJUAN :

Klik Dengan Bijak mendedahkan peserta kepada penggunaan internet secara berhemah, terutama dalam kehidupan seharian. 

AKTIVITI :

Petugas memberikan kefahaman kepada peserta tentang pentingnya penggunaan internet secara berhemah. Selain itu, memberikan galakan positif tentang cara menggunakan internet dengan bijak melalui KDB. Seramai 6 orang peserta diingatkan untuk sentiasa klik dengan bijak setiap kali menggunakan internet.

C360 2018-04-25-15-42-48-258C360 2018-04-25-15-43-06-424

 

Sub-kategori