Dashboard Pi1M merupakan aplikasi khas yang dihasilkan untuk kemudahan komuniti setempat. Fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut ialah sesuai mengikut keperluan komuniti setempat iaitu dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan, kerohanian dan pentadbiran. Aplikasi ini dihasilkan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti setempat disamping merapatkan jurang digital antara penduduk di bandar dan di luar bandar.

Antara ikon yang terdapat dalam Dashboard Pi1M adalah seperti berikut:

1. MyKomuniti

Ruangan untuk penduduk tempatan membaca dan menyiar apa-apa perakara yang berlaku dalam komuniti setempat.

 

2. MySoal

Menyediakan ruangan untuk pemimpin di sesuatu kawasan seperti Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan Kampung dll dalam komuniti tersebut untuk menyebarkan atau mewar-warkan apa-apa sahaja maklumat kepada penduduk setempat. Selain itu juga, ruangan ini disediakan untuk komuniti setempat membuat aduan atau pertanyaan kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan tersebut.

 

3. MyHealth

Aplikasi kesihatan yang boleh digunakan di Pi1M

 

4. MySkool

Menyediakan ruangan untuk Pihak Sekolah yang berdekatan dengan Pi1M untuk menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.

 

5. MyShop

Merupakan ruangan yang berfungsi untuk mengiklan dan memasarkan produk usahawan tempatan.

 

6. MyEbuku

Sistem e-dagang untuk pembekal E-book untuk mengiklankan E-buku mereka. Komuniti hanya perlu memuat turun kandungan selepas proses pembayaran dilakukan.

 

7. AlFitrah

Ruangan yang mengandungi ceramah-ceramah berbentuk kerohanian.

 

8. MyPoster

Ruangan yang disediakan untuk pertandingan poster secara atas talian. Pertandingan ini terbuka kepada pengguna Pi1M.

 

Aplikasi Dashboard Pi1M boleh di akses melalui website http://dashboard.pi1m.my atau boleh dimuat turun dari playstore pada telefon mudah alih.