KISAH KEJAYAAN BULANAN ( OKTOBER 2019 )

USAHAWAN ONLINE - CRYRIL CONYLA BINTI HAMDIN

USAHAWAN KECIL ( PRODUK KECANTIKAN )

NAMA : CRYRIL CONYLA BINTI HAMDIN
UMUR : 22 TAHUN
AHLI : 2018

 

 

 

Latar belakang

 

Cryril Conyla berumur 22 tahun dan seorang belia yang mempunyai minat yang tinggi dalam dunia perniagaan. Dia bekerja sebagai pembantu kedai, namun menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia percaya bahawa perniagaan secara kecil-kecilan mampu menjadi pernigaan yang berjaya suatu hari nanti jika dia terus berusaha dan tidak putus asa. Oleh itu, sebagai langkah permulaan, dia terlibat sebagai agen dan banyak mempromosikan produk-produk kecantikan secara dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada mulanya, perniagaan beliau hanya dikenali sekitar daerah Dalat sahaja. Promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI  Pekan Dalat, beliau kini lebih  mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat

 

CELIK IT - Razif Bin Libu

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : Razif Bin Libu
UMUR : 12 tahun
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Razif merupakan pelajar tahun 6 di SK Sg Ud, Dalat. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam menyertai aktiviti sama ada di sekolah mahupun aktiviti di Pusat Internet (PI).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di PI seperti aktiviti kelas komputer, adik Razif kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan juga internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Razif sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI Pekan Dalat. Dia terlibat secara aktif dalam aktiviti seperti kelas komputer dan program Hari bersama Komuniti. Selain itu, dia juga pertama kali belajar menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Adik Razif dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Komputer secara berkala yang dijalankan di PI Pekan Dalat. 

 

 

USAHAWAN ONLINE 1 - ENCIK FADILAH BIN BASNI

USAHAWAN KECIL ( GUBAHAN BUNGA )

NAMA : ENCIK FADILAH BIN BASNI
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 2018
 

Latar belakang

Encik Fadilah merupakan seorang kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai Penolong Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan di sebuah daerah Sabah dan telah berpindah ke Sarawak, Dalat pada tahun 2017 yang bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Dalat. Beliau sangat berkebolehan dalam pelbagai aspek kecantikan seperti “Jurusolek dan kini beliau lebih aktif dalam perniagaan gubahan bunga.Selain itu juga,beliau seorang yang pandai berfesyen dan seringkali diundang ke Majlis Fashion Show yang berprestij tinggi seperti baru-baru ini, KL Fashion Week di Kuala Lumpur pada hujung bulan Ogos 2019

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, perniaagaan beliau hanya dikenali sekitar kampung dan pejabat sahaja. Tiada sebarang bentuk promosi dilakukan dan hanya menjual kepada rakan-rakan di sekitar kampung dan pejabat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI  Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook,Instagram,Twiter & Whatsap. Dengan adanya bantuan ini,beliau lebih mahir dan menghasilkan gubahan bunga dengan lebih banyak oleh kerana permintaan terhadap gubahan bunganya semakin meningkat terutama ketika musim-musim perayaan. Malah, produknya dijual di kedai sekitar Mukah,Bintulu,Miri dan Kuching,Sarawak.

 

 

 

 

CELIK IT - REIKA BINTI KAREM

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : REIKA BINTI KAREM
UMUR : 28 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Reika merupakan salah seorang pelajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dalat. Beliau merupakan pelajar kurang upaya (pendengaran dan percakapan) namun mudah memahami apa yang diajar walaupun beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Reika merupakan pelajar kelainan upaya dan memang tidak didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di PI Pekan Dalat beliau tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Reika seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti PI Pekan Dalam. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Reika dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas Komputer Pelatih OKU PDK yang diadakan pada setiap minggu di PI Pekan Dalat. Selain itu, Reika juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat. 

 

USAHAWAN ONLINE 1 - PUAN HASPAH ALLI

USAHAWAN KECIL (BISKUT TRADISIONAL - GIGIT MANIS)

NAMA : PUAN HASPAH BINTI ALLI
UMUR : 48 TAHUN
AHLI : 2017
 

Latar belakang

Puan Haspah merupakan ibu kepada 4 orang anak menjalankan perniagaan menjual gigit manis tradisional pelbagai jenis bentuk dan saiz. Beliau memulakan perniagaan sejak dari tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, produk beliau hanya dikenali sekitar kampung sahaja. Tiada sebarang bentuk promosi dilakukan dan hanya menjual kepada pekedai runcit di sekitar kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook. Kini, permintaan terhadap produknya semakin meningkat terutama ketika musim perayaan. Malah, produknya dijual di kedai sekitar Dalat dan Oya

 

 

 

USAHAWAN ONLINE 2 -PUAN SIM SIEW LING

USAHAWAN KECIL ( MAKANAN & MINUMAN / PAKAIAN / BEG / KOSMETIK )

NAMA : PUAN SIM SIEW LING
UMUR : 34 TAHUN
AHLI : 2017
 

Latar belakang

 

Puan Sim Siew Ling menjalankan perniagaan seperti menjual makanan dan minuman di Pasar Malam dan turut menjual barangan lain seperti beg, pakaian dan alat kosmetik di pasar minggu. Beliau telah memulakan perniagaannya pada tahun 2016. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, produk beliau hanya dikenali sekitar Dalat sahaja. Hal ini kerana beliau hanya berniaga dan mempromosikan produk jualannya di pasar malam dan pasar minggu di sekitar Dalat sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan dan bengkel keusahawanan yang dijalankan di PI Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi MyShop dan Facebook. Kini, produknya lebih dikenali  oleh pelanggan setelah beliau mempromosikan perniagaannya secara atas talian. Produk jualannya mulai dikenali di sekitar bahagian Dalat dan Mukah

 

CELIK IT - Christa Vrodice bin Jemat

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : Christa Vrodice Bin Jemat
UMUR : 12 tahun
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Christa merupakan pelajar tahun 6 di SK Sg Ud, Dalat. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam menyertai aktiviti sama ada di sekolah mahupun aktiviti di Pusat Internet (PI).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di PI seperti aktiviti kelas komputer, adik Christa kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan juga internet. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Christa sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI Pekan Dalat. Dia terlibat secara aktif dalam aktiviti seperti kelas komputer, program Hari bersama Komuniti, program Jom Sihat dan juga Program Jelajah ICT yang dijalankan oleh PI ke sekolah-sekolah. Selain itu, dia juga pertama kali belajar menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Adik Christa dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Komputer secara berkala yang dijalankan di PI Pekan Dalat. 

 

 

 

 

 

USAHAWAN ONLINE 1 - PUAN NADHIRAH ABDULLAH

USAHAWAN KECIL (KEK LAPIS & PELBAGAI JENIS )

NAMA : PUAN NADHIRAH ABDULLAH
UMUR : 36 TAHUN
AHLI : 2018
 

Latar belakang

Puan Nadhirah merupakan seorang Ketua Kewangan di sebuah syarikat persendirian

(GSA SARAWAK ) dan juga ibu kepada 2 orang anak menjalankan perniagaan menjual kek pelbagai jenis bentuk dan saiz. Beliau memulakan perniagaan sejak dari tahun 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, produk beliau hanya dikenali sekitar kawasan kerja (Perladangan GSA). Tiada sebarang bentuk promosi dilakukan dan hanya menjual kepada rakan sekerja di tempat beliau bekerja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI  Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook dan Instagram, malah beliau kerap muatnaik jualan kek di “Whatsap Status”. Kini, permintaan terhadap produknya semakin meningkat terutama ketika musim-musim perayaan. Malah, produknya dijual di kedai sekitar Dalat,Oya dan Mukah.

 

 

 

 

 

USAHAWAN ONLINE 2 - Puan Mastura Binti Mokhsan

USAHAWAN KECIL ( MAKANAN BASAH - ROJAK )

NAMA : PUAN Mastura Binti Mokhsan
UMUR : 51 TAHUN
AHLI : 2017
 

Latar belakang

Puan Mastura merupakan seorang pengusaha kedai rojak yang telah dijalankan oleh ahli keluarganya secara turun-temurun sejak tahun 1988 lagi. Beliau dan ahli keluarganya meneruskan perniagaan rojak sehingga kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya,perniagaan rojak mereka hanya dikenali oleh masyarat di sekitar Dalat sahaja. Tiada sebarang promosi yang dilakukan terutamanya secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook. Kini, perniagaan rojaknya bukan sahaja dikenali di sekitar Dalat sahaja, bahkan rojak tersebut dikenali sehingga ke Oya dan Mukah

 

CELIK IT - FILTERA BINTI NGUM

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : FILTERA BINTI NGUM
UMUR : 21 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Filthera merupakan salah seorang pelajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dalat. Beliau merupakan pelajar kurang upaya fizikal namun mudah memahami apa yang diajar walaupun beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Filthera merupakan pelajar kelainan upaya dan memang tidak didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di PI Pekan Dalat beliau tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Filthera seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti PI Pekan Dalam. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Adik Filthera dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas Komputer Pelatih OKU PDK yang diadakan pada setiap minggu di PI Pekan Dalat. Selain itu, adik Filthera juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat. 

 

USAHAWAN ONLINE 1 - ROZI BINTI KUMENG

USAHAWAN KECIL (MAKANAN - KEK )

NAMA : CIK ROZI BINTI KUMENG
UMUR : 28 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Cik Rozi menjalankan perniagaan membuat tempahan kek seperti kek harijadi, kek perkahwinan dan sebagainya. Beliau memulakan perniagaan sejak dari tahun 2014 lagi. Namun disebabkan sibuk dengan urusan lain, beliau kurang aktif menjalankan perniagaannya pada tahun 2015 dan kembali aktif semula mengambil tempahan kek bermula tahun 2016 sehinggalah kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, produk beliau hanya dikenali sekitar Dalat sahaja. Sebarang bentuk promosi hanya dilakukan di media Facebook dan menerima tempahan kek di sekitar Dalat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi MyShop, Facebook dan Instagram. Kini, permintaan terhadap produknya semakin meningkat kerana semakin ramai pelanggan yang mengetahui mengenai perniagaan keknya. Bahkan, produknya mulai dikenali di sekitar bahagian Dalat dan Mukah.

 

 

USAHAWAN ONLINE 2 -SALAMAH BINTI BEDOL

USAHAWAN KECIL (MAKANAN - BAHULU TRADISIONAL )

NAMA : SALAMAH BINTI BEDOL
UMUR : 54 TAHUN
AHLI : 2018
 

Latar belakang

Puan Salamah merupakan ibu kepada 6 orang anak menjalankan perniagaan menjual bahulu tradisional pelbagai jenis bentuk dan saiz. Beliau memulakan perniagaan sejak dari tahun 2013.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, produk beliau hanya dikenali sekitar Mukah sahaja. Tiada sebarang bentuk promosi dilakukan dan hanya menjual kepada pemborong di sekitar Dalat dan Mukah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di Pi Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi MyShop. Kini, permintaan terhadap produknya semakin meningkat terutama ketika musim-musim perayaan. Malah, produknya mulai dipasarkan sampai ke Miri dan Kuching.