KISAH  CELIK IT - YUNIE BINTI MARTIN 

ASAS KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & MOVIE MAKER 

NAMA: YUNIE BINTI MARTIN 

UMUR: 12 TAHUN

AHLI: 2017 

LATAR BELAKANG

Yunie merupakan pelajar tahun 6 di Sk Sg Ud, Dalat. Beliau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang ICT dan ingin mempelajari ICT dengan lebih mendalam lagi. Oleh yang demikian, beliau telah mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet Pekan Dalat. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum ini, beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang ICT, terutamanya penggunaan Microsoft Office. Beliau juga tidak sedar akan kepentingan kemahiran menggunakan komputer pada masa hadapan, terutama dalam penyediaan kerja-kerja kursus sekolah apabila berada di sekolah menengah kelak. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Dengan adanya bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office terutamanya Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Malah, beliau juga mengikuti kelas penghasilan video menggunakan Movie Maker untuk meningkatkan kemahiran ICTnya. Selain itu, beliau juga didedahkan dengan penggunaan internet secara berhemah. 

{gallery}celikITQ2{/gallery} 

KISAH KEUSAHAWANAN 2

USAHAWAN ONLINE-(MAKANAN-HOMEMADE PIZZA)  

NAMA: CHRISTINA BINTI ABIT 

UMUR: 33 TAHUN 

AHLI: 2016 

LATAR BELAKANG

Puan Christina telah 5 tahun terlibat dalam membuat pizza homemade dan telah mempromosi perniagaannya secara online sejak awal tahun 2014 secara tidak konsisten (kurang memberi tumpuan pada perniagaan secara atas talian di media sosial seperti Facebook) kerana kesibukan dalam mengurus anak-anak. Puan Christina telah mempelajari cara membuat pizza melalui kakaknya yang juga terlibat dalam bidang bisnes. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Sebelum menjalankan perniagaan atas talian atau promosi melalui Facebook, perniagaan beliau hanya dikenali di sekitar kampung. Namun, setelah menjalankan promosi melalui Facebook, kini beliau semakin dikenali dan mendapat tempahan bukan sahaja daripada penduduk kampung malah daripada kawan-kawan di Facebook

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya di dalam Facebook. Selain itu, beliau juga telah diajar cara mengambil gambar produknya dengan betul bagi menarik minat orang ramai untuk membeli produknya. 

{gallery}pizzaQ1{/gallery} 

KISAH CELIK IT - ENCIK RACHAL BIN BENEDICT 

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE 

NAMA: RACHAL BIN BENEDICT 

UMUR: 42 TAHUN

AHLI: 2018 

LATAR BELAKANG

Encik Rachal berumur 42 tahun merupakan bekas pemandu lori yang mempunyai keinginan untuk mempelajari ICT. Beliau memaklumkan bahawa beliau ingin mempelajari kemahiran menggunakan komputer sebagai persediaan untuk bekerja di Papua New Guinea kelak. 

SEBELUM PENGLIBATAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum ini Encik Rachal tidak mempunyai pengetahuan dalam penggunaan perisian komputer, terutamanya Microsoft Office (Microsoft Word). Malah, beliau tidak menyedari akan kepentingan dan fungsi ICT dalam kehidupan. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk mempelajari Microsoft Word dan tidak mudah berputus asa. Setelah mengikuti beberapa kelas yang bertempat di bilik latiihan Pusat Internet Pekan Dalat, Encik Rachal semakin mahir menggunakan komputer. Beliau dapat membuat latihan yang diberikan dengan mudah. Malah, beliau juga mencadangkan supaya lebih banyak latihan diberikan kepadanya agar beliau lebih mahir menggunakan Microsoft Word

{gallery}kelasrachalQ1{/gallery}

 

 

KISAH KEUSAHAWANAN 1 

USAHAWAN ONLINE (MAKANAN - KEK) 

NAMA: HEVIRINA BINTI MUHD DARMAN 

UMUR: 25 TAHUN 

AHLI: 2012 

LATAR BELAKANG

Puan Hevirina berumur 25 tahun merupakan seorang ibu tunggal muda yang mempunyai jiwa kental dalam membesarkan anaknya. Beliau seorang yang ceria dan periang. Beliau mempunyai kemahiran dalam membuat kek, terutama kek hari jadi. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Sebelum menjalankan atas talian atau promosi menerusi Facebook, Puan Hevirina menjual secara langsung kek hasil buatannya di pasar tamu Pekan Dalat setiap minggu. Tempahan keknya agak terhad kerana perniagaannya hanya dikenali di sekitar Dalat sahaja. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Melalui latihan keusahawanan yang diikutinya di Pusat Internet Pekan Dalat, kini beliau sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya medium yang lebih efisen seperti Facebook. Malah beliau juga turut mengikuti kursus kemahiran ICT bagi ibu tunggal (ICT4IT) yang diadakan di Pusat Internet Pekan Dalat bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT bagi beliau menguruskan perniagaannya. 

{gallery}kekQ1{/gallery}