KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q3 2020

CELIK IT - RENNY BINTI BATANG

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : RENNY BINTI BATANG ( PDK )
UMUR : 36 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Renny merupakan salah seorang pelajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dalat. Beliau merupakan pelajar kurang upaya (pendengaran) namun mudah memahami apa yang diajar walaupun beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Renny merupakan pelajar kelainan upaya dan memang tidak terdedah dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di PI Pekan Dalat beliau tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Renny seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti PI Pekan Dalat. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Renny dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas Komputer Pelatih OKU PDK yang diadakan pada setiap minggu di PI Pekan Dalat. Selain itu, Renny juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat. 

 

 

USAHAWAN 1 - FANNYCA BINTI ASAI

Menjual barangan kesihatan dan kecantikan secara atas talian. 

NAMA                 :  FANNYCA BINTI ASAI 

UMUR                 : 27 TAHUN

AHLI                    : 2010 

Latar belakang

Fannyca merupakan seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda yang kini sedang belajar di Centre of Technical Excellence (CENTEXS) cawangan Dalat dalam bidang asas fesyen dan jahitan, namun dia menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Oleh itu, beliau memulakan langkah menjual produk ubat-ubatan organik secara dalam talian kerana berpendapat cara itu mampu membantu beliau menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Fannyca juga turut terlibat secara aktif dalam kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat termasuklah Bengkel Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet. Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI  Pekan Dalat, beliau kini lebih  mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat.

Capture1

 

USAHAWAN 2 - NOR AIZAH BINTI SAILI

Menjual produk kecantikan dan kesihatan secara atas talian.

NAMA              : NOR AIZAH BINTI SAILI

UMUR              : 37 TAHUN

AHL                 : 2018

Latar belakang

Puan Aizah merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak dan bersuamikan salah seorang askar di Semenanjung Malaysia.Pada tahun sebelum ini, beliau menetap di Semenanjung dan pada tahun berikut beliau telah mengambil keputusan untuk menetap tetap di Dalat, Sarawak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, produk beliau hanya dikenali sekitar kampung sahaja. Tiada sebarang bentuk promosi dilakukan dan hanya menjual kepada orang kampung di sekitar kampung Hilir Dalat,iaitu di kampung rumah halaman beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook. Kini beliau telah berniaga di market basah Daerah Dalat juga pasar malam Dalat.Selain meniaga ikan segar,beliau juga turut menjual produk kesihatan.

 

USAHAWAN 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2020 (JANUARI) 

CELIK IT - ANIQ FEDTRI 

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : ANIQ FEDTRI
UMUR : 9 TAHUN
AHLI : 2020

 

Latar belakang

Adik Aniq merupakan pelajar tahun 3 di SK Sungai Ud, Dalat. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam menyertai aktiviti sama ada di sekolah mahupun aktiviti di Pusat Internet (PI).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di PI seperti aktiviti kelas komputer, adik Aniq kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan juga internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Aniq sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI Pekan Dalat. Dia terlibat secara aktif dalam aktiviti seperti kelas komputer. Selain itu, dia juga pertama kali belajar menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Adik Aniq dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Komputer secara berkala yang dijalankan di PI Pekan Dalat.

IMG 20191016 154207


USAHAWAN 1 - ROSLIND BINTI PATE

Menjual pakaian bundle secara atas talian dan di pasar minggu. 

NAMA            : ROSLIND BINTI PATE

UMUR            : 37 TAHUN

AHLI              : 2012
 

Latar belakang

Puan Roslind merupakan seorang ibu dan surirumah, namun dia menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Oleh itu, beliau memulakan langkah menjual barangan secara dalam talian kerana berpendapat cara itu mampu membantu beliau menambah pendapatan sampingan. Selain itu, dia juga turut menjual barangan jualannya di pasar minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Roslind terlibat secara aktif dalam aktiviti atau sebarang bentuk kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat mahupun Mukah termasuklah Bengkel Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet. Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI Pekan Dalat, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat.

Capture4

 

 

USAHAWAN 2 - ARNOLD GRIGARICK BIN JOSEPH 

Membuat servis solekan dan menjual aksesori secara atas talian. 

NAMA           :  ARNOLD GRIGARICK BIN JOSEPH

UMUR           : 28 TAHUN

AHLI             : 2019
 

Latar belakang

Encik Arnold atau lebih dikenali sebagai Bunny adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan U29. Anak kelahiran Kuching, Sarawak dan telah menetap di Daerah Dalat selama 2 tahun. Beliau berkhidmat di Hospital Daerah Dalat dan di samping itu, kerjaya sambilan beliau ialah seorang juru makeup dan pembuat aksesori kecantikan seperti gelang manik,baju kebudayaan dan rantai manik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Secara am nya, beliau hanya menjadikan aktiviti sambilan ini hanya untuk mengisi masa lapang. Beliau sangat aktif mengikuti pelbagai bengkel kecantikan tetapi tidak memperluaskan kemahiran nya dan setelah bekerjasama dengan Pusat Internet Pekan Dalat untuk membuat kelas makeup asas, beliau seterusnya memulakan aktiviti sampingan ini kepada aktiviti setiap minggu dimana beliau telah mencari dan mendapatkan pelbagai pelanggan untuk perkhidmatan makeup malah menjual barangan kecantikan secara umum.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau terlibat secara aktif dalam aktiviti atau sebarang bentuk kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat mahupun Mukah termasuklah Bengkel Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet. Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI Pekan Dalat, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat. Selain itu juga, beliau juga telah dikenali ramai komuniti setempat dan setiap masa beliau akan mendapat tempahan dari segi barangan jualan malah servis makeup.

 79708328 1010646705960818 96732885528084480 n

CELIK IT - CHORINTIANS BIN RADIN

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : Chorintians Bin Radin
UMUR : 12 tahun
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Chorintians merupakan pelajar tahun 6 di SJK Chin Hua, Dalat. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam menyertai aktiviti sama ada di sekolah mahupun aktiviti di Pusat Internet (PI).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di PI seperti aktiviti kelas komputer, adik Chorintians kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan juga internet. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Chorintians sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI Pekan Dalat. Dia terlibat secara aktif dalam aktiviti seperti kelas komputer dan program Hari bersama Komuniti. Selain itu, dia juga pertama kali belajar menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Adik Chorintians dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Komputer secara berkala yang dijalankan di PI Pekan Dalat.

 

 

 

USAHAWAN ONLINE 1 - PUAN HAMIDAH BINTI SAILI

USAHAWAN KECIL (LAKSAM & KEK PJJ )

NAMA : PUAN HAMIDAH BINTI SAILI
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 2018
 
 

Latar belakang

 

Puan Hamidah merupakan seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak dan berumur 33 tahun.Beliau surirumah dan di samping itu,beliau telah menceburi bidang penjualan makanan utama iaitu “Laksa Penang”.Penjualan beliau hanya dikenali di sekitar kampung hilir sahaja dimana tempat tinggal beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, perniaagaan beliau hanya dikenali sekitar kampung Hilir sahaja. Tiada sebarang bentuk promosi dilakukan dan hanya menjual kepada rakan-rakan di sekitar kampung

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI  Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Whatsap.Dengan adanya bantuan ini,beliau lebih mahir dan mampu menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak malah mendapat sambutan daripada pelbagai agensi dalam khidmat catering.Selain itu juga,beliau telah membuka lebih luas khidmat catering dan menambah pelbagai menu masakan yang lain seperti Laksa Sarawak,Kek PJJ,Nasi Lemak dan Nasi Ambeng.

 

 

 

USAHAWAN ONLINE 2 - Puan Asnita Binti Sujan

USAHAWAN KECIL ( Menjual barangan di talian )

NAMA : PUAN Asnita Binti Sujan
UMUR : 40 TAHUN
AHLI : 2017
 

Latar belakang

Cik Asnita bekerja sebagai pembantu kedai, namun menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Oleh itu, beliau memulakan langkah menjual barangan secara dalam talian kerana berpendapat cara itu mampu membantu beliau menambah pendapatan sampingan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada mulanya, perniagaan beliau hanya dikenali sekitar daerah Dalat sahaja. Promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI  Pekan Dalat, beliau kini lebih  mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat.

 

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2020 ( APRIL 2020 )

CELIK IT - FARIZ BIN REBI

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA : FARIZ BIN REBI
UMUR : 14 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Fariz merupakan pelajar tingkatan 2 di SMK Dalat. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam menyertai aktiviti sama ada di sekolah mahupun aktiviti di Pusat Internet (PI).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di PI seperti aktiviti kelas komputer, adik Fariz kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan juga internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Fariz sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI Pekan Dalat. Dia terlibat secara aktif dalam aktiviti seperti kelas komputer. Selain itu, dia juga pertama kali belajar menggunakan komputer di PI Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Adik Fariz dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Komputer secara berkala yang dijalankan di PI Pekan Dalat.

20180322 104617

 

 USAHAWAN 1 - NUR JEHAN BINTI JAIN

Menjual popia simpul secara atas talian. 

NAMA          : NUR JEHAN BINTI JAIN

UMUR          : 26 TAHUN 

AHLI             : 2010


Latar belakang
 

Nur Jehan merupakan seorang surirumah sepenuh masa, namun dia menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Oleh itu, beliau memulakan langkah menjual makanan kering seperti Popia Simpul secara dalam talian kerana berpendapat cara itu mampu membantu beliau menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan Popia simpul tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan. Namun dia tidak berputus asa kerana semua itu masih boleh dipelajari melalui kursus mahupun bengkel usahawan di sekitar tempat kediamannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Jehan juga turut terlibat secara aktif dalam aktiviti atau sebarang bentuk kursus mahupun bengkel untuk usahawan yang dijalankan di sekitar Dalat termasuklah Bengkel Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet. Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI Pekan Dalat, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat seperti Bintulu.

83643767 2902180619834548 940441204661682176 n

 

USAHAWAN 2 - NUR FAZIERA ZAIDI

Menjual tudung secara atas talian

NAMA          : NUR FAZIERA ZAIDI

UMUR          : 25 TAHUN 

AHLI            : 2018


Latar belakang
 

Cik Faziera merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dan Perniagaan ( Pemasaran ) di UITM Segamat, Johor. Beliau memulakan perniagaan tudung sejak dari tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, produk beliau hanya dikenali sekitar Uniersiti dan rakan-rakan keluarga sahaja. Tiada sebarang bentuk promosi dilakukan dan hanya menjual secara walk in.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Instagram dan Whatsapp. Kini, permintaan terhadap penjualan tudung pelbagai jenis diterima baik di sekitar Oya dan Dalat secara online

image3

 

 

KISAH KEJAYAAN BULANAN ( NOVEMBER 2019 )

USAHAWAN ONLINE - ASNITA SUJAN

USAHAWAN KECIL ( PENJUALAN BARANGAN SECARA ONLINE )

NAMA : ASNITA SUJAN
UMUR : 44 TAHUN
AHLI : 2019
 

Latar belakang

 

Cik Asnita bekerja sebagai pembantu kedai, namun menjadikan perniagaan secara dalam talian (online) sebagai pekerjaan sampingan. Dia seronok menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara dalam talian kerana ia mampu membantu menjana sumber kewangan beliau. Oleh itu, beliau memulakan langkah menjual barangan secara dalam talian kerana berpendapat cara itu mampu membantu beliau menambah pendapatan sampingan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, perniagaan beliau hanya dikenali sekitar daerah Dalat sahaja. Promosi secara lebih meluas tidak dilakukan kerana dia masih kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dan tidak tahu medium apa yang harus digunakan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI  Pekan Dalat, beliau kini lebih  mahir dalam mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp mahupun Myshop. Melalui medium-medium ini, dia lebih aktif dalam mempromosikan produk jualan dan mendapat lebih banyak perhatian dan permintaan daripada pembeli sama ada di daerah Dalat mahupun di luar kawasan Dalat.