KISAH  KEUSAHAWANAN 2 

USAHAWAN ONLINE (MINUMAN- MILO KEPAL)

NAMA: PUAN ROHANI BINTI ALLI 

UMUR: 36 TAHUN

AHLI: 2018

Latar belakang

Puan Rohani binti Alli merupakan surirumah sepenuh masa dan mempunyai 2 orang anak. Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan sejak tahun 2014. Pelbagai jenis produk yang beliau jual, termasuk minuman, alat-alat kecantikan, baju, beg dan sebagainya. Minat yang mendalam dalam dunia perniagaan ini menjadikan beliau mulai serius dalam bidang ini pada tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, produk beliau hanya dikenali sekitar Mukah sahaja. Beliau membuka kedai di hadapan rumahnya. Jadi, pasarannya hanya terhad di kawasan sekitarnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang dijalankan di PI Pekan Dalat, beliau kini sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya di dalam Facebook dan menggunakan aplikasi MyShop. Selain itu, beliau juga telah diajar cara mengambil gambar yang betul bagi menarik minat orang untuk membeli produknya. Kini, produknya dikenali disekitar Dalat, Oya, Mukah dan Balingian.

{gallery}kisahusahawan2Q3{/gallery}

KISAH KEUSAHAWANAN 1 

USAHAWAN ONLINE ( MAKANAN-KUIH GUNTING) 

NAMA: PUAN RAHYAH BINTI SHUEB 

UMUR: 70 TAHUN

AHLI: 2018 

Latar belakang
 
Puan Rahyah berumur 70 tahun berasal dari Kampung Terus, Dalat masih aktif menjalankan perniagaan menjual kuih-kuih kering seperti kuih gunting, mee gunting, keropok dan kuih jala Sarawak. Beliau telah terlibat dalam perniagaan ini sejak tahun 2007.
 
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PI
 
Sebelum ini perniagaan produk beliau hanya dikenali di sekitar kampung dan pasarannya tidak meluas.
 
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI 
 
Melalui bimbingan keusahawanan oleh PI Pekan Dalat, beliau kini lebih yakin dalam mempromosikan produk jualannya. Beliau diperkenalkan dengan dashboard dan aplikasi MyShop sebagai medium untuk mempromosikan produknya. Selain itu, beliau diajar menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan beliau berurusan dengan pelanggannya. 
 
{gallery}kisahusahawanQ3{/gallery}
 
 

KISAH KEUSAHAWANAN 2 

USAHAWAN (MAKANAN DAN MINUMAN- IQBAL ENTERPRISE) 

NAMA: MOHAMAD FARID BIN DRAHMAN 

UMUR: 42 TAHUN 

AHLI: 2018 

LATAR BELAKANG

Encik Mohamad Farid berasal dari Lawas dan menetap di Pekan Dalat setelah berkahwin dengan isterinya. Beliau dibantu oleh isterinya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan berjual di Pasar Sabtu di Pekan Dalat. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual oleh beliau. Produk yang paling laris ialah Air Cendol Lawas Mat. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum menjalankan perniagaan secara atas talian atau promosi melalui Facebook, perniagaan beliau hanya dikenali di sekitar kampung. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Dengan menggunakan teknologi ICT, pasaran produk beliau semakin meluas dan pendapatan beliau juga kian meningkat. Beliau menggunakan laman sosial seperti Facebook, aplikasi WhatsApp, Instagram dan portal MyShop sebagai platform untuk mempromosikan jualannya. Secara tidak langsung, produk beliau dikenali bukan sahaja di sekitar Pekan Dalat, malah turut dikenali di sekitar Oya dan Mukah. 

{gallery}cendolQ2{/gallery}

KISAH CELIK IT- SHAFRIZAN BIN RAZAK 

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE 

NAMA: SHAFRIZAN BIN RAZAK 

UMUR 26 TAHUN 

AHLI: 2018 

Latar belakang

Shafrizan berumur 26 tahun merupakan seorang belia yang mempunyai keinginan untuk mempelajari ICT. Sewaktu datang ke pusat internet, beliau memaklumkan bahawa beliau ingin mempelajari kemahiran menggunakan komputer sebagai persediaan untuk bekerja kelak. Beliau telah mendaftar sebagai ahli pusat internet dan berminat untuk mengikuti kelas asas komputer yang dijalankan di pusat internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Shafrizan tidak mempunyai pengetahuan dalam penggunaan perisian komputer, terutamanya Microsoft Office (Microsoft Word) kerana beliau kurang terdedah dengan perisian tersebut. Malahan, beliau juga kurang menyedari akan kepentingan dan fungsi ICT dalam kehidupan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk mempelajari Microsoft Word dan tidak mudah berputus asa. Beliau telah mengikuti kelas asas komputer yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Pekan Dalat dan semakin mahir menggunakan komputer. Beliau dapat membuat latihan yang diberikan dengan mudah dan menyedari akan kepentingan ICT dalam kehidupan.

{gallery}kisahcelikitQ3{/gallery}

KISAH KEUSAHAWANAN 1 

USAHAWAN ONLINE (MAKANAN-POPIA MINI IKAN BILIS) 

NAMA: KHATIJAH IDERIS 

UMUR: 23 TAHUN 

AHLI: 2018 

LATAR BELAKANG

Cik Khatijah berumur 23 tahun merupakan seorang lepasan Politeknik Mukah yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual Popia Mini Ikan Bilis. Beliau memulakan perniagaan dari rumah sejak tahun 2016. Pada mulanya, ia hanya sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang, namun permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan menjadikan beliau serius untuk memfokuskan kepada perniagaannya. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Pada mulanya produk beliau hanya dikenali di sekitar kampungnya sahaja. Tiada sebarang promosi secara atas talian yang dilakukan untuk mempromosikan produk jualannya kepada orang ramai. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Dengan menggunakan teknologi ICT, pasaran produk beliau semakin meluas dan pendapatan beliau juga semakin meningkat. Beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, aplikasi WhatsApp, dan portal MyShop sebagai medium untuk mempromosikan produk jualannya. Kini, Popia Mini Ikan Bilis beliau dikenali sehingga ke Kuching. 

{gallery}popiaminiQ2{/gallery}